BTC USD 55,321.1 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Notebook Di Ubahsuai Untuk Gerakkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
Sebuah Komputer Riba Diubahsuai Untuk Menggerakkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Menggunakan Slot Storan M.2;

Jika anda mengikuti perkembangan teknologi, slot storan M.2 PCIe NVMe biasanya digunakan untuk storan SSD. Tetapi ia juga secara teknikalnya boleh digunakan untuk menggerakkan sebarang komponen yang menggunakan sistem penyambungan data PCIe untuk pelbagai tujuan.

Kosin-1.jpg.webp

Kosin, sebuah anak syarikat Lenovo di China baru-baru ini telah hadir dengan sebuah eksperimen menarik dimana mereka menggunakan slot storan NVMe ini untuk disambungkan kepada sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090.

Kosin-2.jpg.webp

Storan M.2 NVMe dalaman komputer riba tersebut dialihkan, dan kabel penyambungan NVMe-ke-PCIe digunakan untuk menyambungkan komputer riba tersebut kepada kad grafik ini, dan sebuah bekalan kuasa digunakan untuk membekalkan kuasa kepada kad grafik tersebut.

6.jpg.webp

Komputer riba tersebut dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 4600U dan slot storan M.2 NVMe tersebut menggunakan PCIe 3.0 x4 dengan jaluran penghantaran data sepantas 4GB/s. Menggunakan penanda-aras 3DMark Time Spy, gabungan komputer riba dan kad grafik yang aneh ini hadir dengan skor 14,008.

Kosin-Score.jpg.webp

Ini menunjukkan bahawa komputer riba dengan rekaan nipis dan ringan masih boleh menggunakan kad grafik bersaiz besar untuk menguasakan bahagian grafik. Malah, ASUS beberapa minggu lalu telah memperkenalkan komputer riba ASUS ROG Flow X13 yang menggunakan sistem eGPU mereka sendiri yang digandingkan dengan komputer riba dengan saiz yang sama.

Sumber asal https://pc.watch.impress.co.jp/docs/news/yajiuma/1302/105/index.html
 

CG Sponsors




Top
Log in Register