Nordin Mahu Simpan Duit Untuk Berkahwin

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120

Baduyah Ahat (kiri) Ibu kepada Nordin Montong (gambar kecil) ditenangkan oleh ahli keluarganya sebaik sahaja melihat jenazah anaknya tiba di Terminal Maskargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.
- Gambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 15 Nov. - Pekerja pencuci Zoo Singapura, Nordin Montong, 32, yang maut dibaham tiga ekor harimau putih kelmarin, pernah berhasrat menyimpan duit untuk berkahwin semasa perbualan terakhir mangsa dengan kakaknya malam Rabu lalu.

Hasrat itu disampaikan oleh mangsa kepada kakaknya, Nora, 34, yang turut memberitahu untuk pulang bercuti pada Februari tahun hadapan.

Beliau berkata, adiknya baru lima bulan bekerja di Singapura melalui agensi pekerjaan di negara tersebut dan kerap menelefon keluarga bagi bertanyakan khabar.

''Apa yang menghairankan kami sekeluarga ialah bila arwah tidak menelefon kami pada pagi hari kejadian dan hanya dimaklumkan dengan berita sedih itu oleh pihak zoo pada tengah hari yang sama.

''Kami tidak menyangka perkara begini akan berlaku terhadap arwah kerana dia tidak menunjukkan sifat yang pelik sebelum kejadian tersebut berlaku," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Melayu Tabuan di sini hari ini.

Normah menambah, keluarganya mengucapkan terima kasih kepada pihak agensi pekerjaan dan Kedutaan Malaysia di Singapura yang menguruskan penghantaran jenazah arwah ke Kuching.

Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan Terminal Maskargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus tiba jenazah Nordin di situ pada pukul 3.15 petang.

Ketibaan jenazah turut disambut oleh seramai 30 ahli keluarga mangsa yang menunggu sejak pukul 2 petang dan turut dihadiri wakil agensi pekerjaan Nordin di Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Jason.

Jenazah Nordin kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sambir dekat Asajaya di sini petang ini.

Sementara itu, Jason berkata, punca kematian Nordin masih dalam siasatan pihak polis Singapura.

Katanya lagi, kejadian itu turut mengejutkan pekerja zoo berkenaan kerana Nordin dikenali sebagai seorang yang baik.

''Cuma ketika hari kejadian tersebut berlaku, semua hairan dengan kelakuan aneh Nordin yang membuang dompetnya ke dalam kolam buaya sebelum didapati berada di dalam kawasan harimau putih itu pula.

''Jadi, sebelum selesai siasatan polis, saya harap jangan sesiapa menyalahkan mana-mana pihak dengan membuat spekulasi tertentu," katanya.

Jason menambah, syarikatnya akan membayar insurans milik Nordin kepada wakil ahli keluarganya.
 
Sponsored Post

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Dari ALLAH Kita Datang, Kepada ALLAH Jua Kita Akan Kembali....

Al-Fatihah untuk arwah.
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Innalillah.... 3 ekor tu??? Seekor pun dah kemas.... jangan cakap 3
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
rimau albino..huhu.erm..tak tau la ape yg tinggal
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
Innalillah, Al-Fatihah buat Allahyarham..
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,689
Reaction score
221
Points
83
rimau albino..huhu.erm..tak tau la ape yg tinggal
Harap2 banyak la yg tinggal, dengar citer ghimau tu tak sempat nak wat kenduri lagi...takziah lagi sekali pada keluarga Allahyarham
 
Sponsored Post
Top
Log in Register