Noradz Travel & Services Sdn Bhd (664630-W)

CG Sponsors

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,351
Reaction score
608
Points
161
Naik balik ke kes ni, macam dah lama sampai lupa
Takde kes dah,naik sb nak dpt duit balik...
Arahan mahkamah dah ade tp tertanggoh2 lg nak refund...

Betapa lemahnya undang2 kt masa zaman bn nie, scammmer terang2 mcm nie pun xdk pendakwaan lepas mcm tu ja....aku smp hairan bin ajaib....org yg sama bila kantoi tubuh lg syarikat br....tipu lg org....dn depa nie bebas yg melabur semua merana.....kebanyakan guna modal Islam utk tarik org melabur....apa2 pun lemah kerajaan dl ngn undang2 dl tu
Dah kene tindakan le...
Siap kene penjare...
 
Sponsored Post

lucky_day

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2008
Messages
395
Reaction score
2
Points
15
Naik balik ke kes ni, macam dah lama sampai lupa
Takde kes dah,naik sb nak dpt duit balik...
Arahan mahkamah dah ade tp tertanggoh2 lg nak refund...

Dah kene tindakan le...
Siap kene penjare...
Info terkini sdg menjejaki pelabur yg missing in action, smlm sy Tanya nama saya dah ada dlm list BNM, siapa sini guna khidmat lawyer Mazhar info pls, lost ctc
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,473
Reaction score
1,082
Points
151
Takde kes dah,naik sb nak dpt duit balik...
Arahan mahkamah dah ade tp tertanggoh2 lg nak refund...

Dah kene tindakan le...
Siap kene penjare...
Yg kena brp kerat ja bro yg terlepas bnyk lg.....yg nie mungkin dh settle
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,972
Reaction score
11,657
Points
1,906
Tiga Beranak Peneraju Noradz Travel & Services Dihukum Penjara, Denda
Isnin, 03 Oktober 2011 12:00 AM

KUALA LUMPUR: Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya yang menerajui syarikat pelancongan, Noradz Travel & Services pada Isnin, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, dihukum penjara selama dua tahun dan menjelaskan denda RM1 juta atau berhadapan dengan penjara 10 bulan, bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen, dan bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara selama tiga tahun.

Sementara itu, anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram dihukum penjara selama setahun dan denda RM500,000 atau jika gagal membayarnya diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Selain itu, Noradzma yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan menggubah wang haram.

Syarikat Noradz Travel & Services juga diarahkan untuk menjelaskan denda sebanyak RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen yang sah.

Pada prosiding sama, seorang lagi anak wanita Adzhar, Noradzrin, 26, yang pernah mencuba nasib dalam bidang seni menerusi lagu Pujaan Malaya juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama setahun atas tuduhan menggubah wang haram.

Pada penghakimannya, Rozana berkata pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi danm pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

"Keterangan yang dikemukakan oleh tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan lain, selain keterangan tersebut juga tidak konsisten dan sering berubah-ubah. Ini mengakibatkan mahkamah sukar untuk mempercayai keterangan bersumpah tertuduh," kata Rozana.

Rozana juga menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa mereka tidak mempunyai pengetahuan berhubung perjalanan syarikat kerana berpendapat keterangan yang dikemukakan di mahkamah pada perbicaraan menunjukkan semua tertuduh memainkan peranan yang aktif dalam syarikat tersebut.

Selain itu, Rozana turut mengharapkan supaya hukuman yang dijatuhkan beliau akan menginsafkan tertuduh-tertuduh supaya mereka semua boleh kembali semula ke pangkal jalan.

"Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perjalanan perniagaan kamu," tambahnya. Rozana seterusnya membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dimohon oleh peguam Afifuddin Mohd Hafifi kerana akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, dan memerintahkan supaya jaminan tertuduh sebanyak RM1 juta dengan cagaran RM500,000 ditambah lagi RM500,000. Pada 22 Disember 2009, Adzhar mengaku tidak bersalah atas 28 pertuduhan terlibat dalam pengurupan wang haram manakala Noradzma dan Noradzrin masing-masing menghadapi 166 pertuduhan.

Mereka didakwa menggunakan wang haram tersebut membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang serta membeli produk insurans selain pelaburan dan memindahkan wang ke dalam akaun milik anak syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bebarapa buah bank di sekitar ibu negara seperti EON Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Ambank (M) Berhad antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, syarikat tersebut, Adzhar dan Noradzma turut didakwa atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008 di No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989(Akta 372) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Syarikat Noradz mempunyai beberapa rangkaian syarikat yang terlibat dalam perniagaan penyewaan kereta, agensi pelancongan, pelaburan dan penerbitan filem seperti filem lakonan Saiful Apek bertajuk ‘Shhh...Dia Datang’ dan beberapa drama.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman dan Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Anthony Kularaj Kulasingam dan Fahmi Abd Moin manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Mohd Hafifi. Sehingga berita ini ditulis, tertuduh masih belum menjelaskan denda.

Ni citer lama, nak info yg terkini
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,972
Reaction score
11,657
Points
1,906
Ni citer lama, nak info yg terkini
tn lucky_day, berita yg saya post tu utk menunjukkan bawah Noradz ni dah kena hukum di Mahkamah

sekarang time pelabur sebagai third party utk ambik balik pelaburan dia. saya dah letak info terbaru sebelum ni, jadi pelabur kena gi jumpa lawyer tu lah
ni saya ulangshare post tersebut

Pelabur Noradz Travel dicari untuk agih RM71 juta
poster-MAHKAMAH-new-4.jpg

  • 15 November 2020, 11:15 am

KUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman meminta 1,655 pelabur dalam kes mengambil deposit secara haram oleh Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. supaya menghubungi firma itu berkaitan tuntutan sebanyak RM71 juta.

Tetuan S.I Rajah & Co memaklumkan, setiap pelabur itu akan menerima sebanyak RM18,700.

Bercakap dengan Mingguan Malaysia, S.I Rajah berkata, pihaknya berdepan masalah untuk menjejaki pelabur itu kerana mereka telah berpindah dari alamat terakhir yang ada dalam rekod firma guaman itu.

“Firma guaman saya sedang dalam proses mengemas kini butiran pelabur-pelabur memandangkan kes ini telah berlangsung selama lebih 10 tahun dan seramai 1,655 pelabur tidak dapat dihubungi.

“Mereka telah melabur dalam syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dan kami minta mereka menghubungi dengan mengemukakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor telefon,” kata S.I. Rajah semalam.

Menurut Rajah, Bank Negara Malaysia (BNM) juga dalam proses untuk mengemas kini senarai pelabur-pelabur itu.

“Untuk proses pemulangan wang pelabur-pelabur, BNM telah melantik sebuah firma audit yang kini hampir selesai meneliti dokumen-dokumen tuntutan untuk membuat bayaran kepada para pelabur.

“BNM juga dalam proses mengemas kini dan meminda senarai pelabur-pelabur untuk memasukkan nama mereka yang mungkin tercicir sebelum ini. Bagi pelabur di Sabah dan Sarawak mereka boleh menghubungi firma Tetuan S.I. Rajah untuk memberikan butiran,” katanya. -UTUSAN

zamorano81

Freshie
Joined
Apr 21, 2020
Messages
13
Reaction score
2
Points
8
7 hari lg sblm 30 Nov, tarikh akir bayaran 5% ke SI Rajah... pening ni mane nak korek duit byr 5% tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register