Nonny Nadirah, Niezam Zaidi tak jadi kahwin

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,022
Reaction score
153
Points
33
NONNY Nadirah dan Niezam Zaidi tak jadi kahwin.


Kuala Lumpur: Pelakon Nonny Nadirah, 31, mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon, Niezam Zaidi, 28, terpaksa dibatalkan.

Nonny yang memakluman perkara itu menerusi Instagram tengah malam tadi tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu, namun dia memohon pengikutnya mendoakan kebahagiaan mereka dan masing-masing ditemukan dengan jodoh yang baik.

Menerusi hantaran itu, Nonny turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menghubungi mereka semula untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

"Sekadar makluman, selepas mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami sudah pun dibatalkan. Satu saja kami minta, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

"Sesungguhnya, kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media, maaf saya tidak dapat nak 'get' balik dengan anda semua. Pada masa ini, 'I reserve my comment'. Harap anda semua faham," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nonny turut memuat naik video dia bersama Niezam sedang menikmati sushi serta ucapan Selamat Hari Jadi buat Niezam yang bertarikh hari ini. Video itu turut diiringi dengan latar muzik dengan melodi sedih.

Dalam video berkenaan, pasangan itu juga kelihatan mesra sambil bergurau dan menikmati makanan.

Selain mengucapkan 'Happy Birthday', Nonny turut mendoakan Niezam yang kini dpanggilnya 'sahabat' supaya menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik.

Terdahulu, Nonny memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Niezam dalam tempoh terdekat ini. Perkongsiannya itu dibuat menerusi sebuah video mereka yang sudah mengikuti kursus perkahwinan pertengahan September lalu.

Pada Julai lalu, Niezam juga sudah berjumpa keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah. Pertemuan secara rasmi kali pertama itu dibuat sebagai menghormati dan menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan Nonny.

Menurut Niezam, dia merancang untuk terus bernikah selepas selesai terbabit penggambaran drama Luka Di Hati Diya.

Nonny mengakui mula menjalin hubungan istimewa dengan Niezam sejak tahun lalu dan mula mendedahkan kisah cinta mereka pada Jun lalu.



== hmetro
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,779
Reaction score
2,063
Points
201
sapa ni?..tak pernah tgk pun
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,882
Reaction score
1,687
Points
151
Da lama tak tgk tv
Layan utube je
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,326
Reaction score
245
Points
88
Serious 2 2 ni mmg xkenal.Betolker retis?
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,041
Reaction score
245
Points
38
seyes tak kenal ..rupa, maupun nama..
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,942
Reaction score
425
Points
91
halangan keluarga ke
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,396
Reaction score
440
Points
131
kitorang tak tau..korang pelakon cite mana

tak tau pun dah nak kawen

ni tiba tiba..tak jadik kawen....

ish ish..

moga dipermudahkan urusan
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,931
Reaction score
1,914
Points
206
nony AF
maybe penah dgr kot
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,522
Reaction score
330
Points
131
kenal Niezam je..
berlakon drama Joni Togo..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register