Info Nokia Terima Dana Bernilai USD14.1J Untuk Bangunkan Rangkaian 4G Di Bulan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,552
Reaction score
3,688
Points
236
Nokia baru-baru ini dilaporkan telah menerima kontrak untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan. Dana bernilai $14.1 juta telah diberikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kepada Nokia bagi tujuan itu.

Menurut Nokia, pembangunan teknologi ini akan dimulai dengan rangkaian 4G terlebih dahulu sebelum menaiktaraf kepada teknologi 5G.

Rangkaian 4G yang akan dibina ini membolehkan komunikasi untuk pemindahan data lebih baik termasuk kawalan lunar rover, navigasi masa nyata ke atas geografi lunar, serta penstriman video dengan definisi tinggi.

Dalam pada itu, laporan menyatakan ia bukanlah kali pertama Nokia cuba untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan. Syarikat itu telah bekerjasama dengan Vodafone pada 2018 untuk melancarkan rangkaian 4G di lokasi pendaratan Apollo 17. Namun, rancangan tersebut tidak membuahkan hasil.


Sumber asal https://www.gizmochina.com/2020/10/18/nokia-awarded-contract-to-build-4g-network-on-the-moon/
 
Top
Log in Register