BTC USD 38,237.9 Gold USD 1,805.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Nokia Mungkin Hadir Dengan Peranti QHD+ 120Hz & Kamera 108MP

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,890
Reaction score
4,083
Points
236
Selepas hadir dengan penawaran peranti kelas pertengahan yang premium menerusi Nokia X20 dan Nokia X10. Jenama ini dilaporkan mempunyai perancangan lain untuk terus-menerus menawarkan lebih banyak peranti pintar dengan sokongan rangkaian 5G terbina pada tahun ini.

Terbaharu, terdapat desas-desus mengatakan pengganti kepada Nokia 8.3 5G kini dalam pembangunan. Ia bagaimanapun mungkin akan mempunyai penjenamaan baharu – memandangkan Nokia kini telah menukar nama berasaskan abjad dan nombor pada peranti bagi mengelakkan kekeliruan.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama peranti. Tetapi, desas-desus mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai Nokia X50. Mengulas mengenainya, peranti pintar ini mungkin dilengkapi persediaan penta-kamera dengan sensor utama 108-Megapixel. Kamera ini juga dipercayai akan terus menggunakan lensa keluaran ZEISS.

Selain itu, ia juga dijangka dipadankan dengan skrin sebesar 6.5-inci PureDisplay yang menyokong resolusi QHD+ 120Hz. Bukan itu sahaja, ia juga akan disertakan cip Snapdragon 775 dan cip ini bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm. Maklumat lanjut mengenainya juga masih tidak diketahui.

Tidak habis disitu, peranti pintar ini juga akan dilengkapi dengan teknologi OZO audio dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 22W. Buat masa ini, pihak Nokia masih belum mengeluarkan komen rasmi mengenainya. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Nokia-8.3-5GDD-950x535.jpg.webp

Sumber asal https://nokiapoweruser.com/new-noki...8mp-rear-camera-in-works-targeted-at-q3-2021/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register