BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Nokia G42 5G - Snapdragon 480+, Kamera 50MP & Bahan Mesra Alam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Nokia G42 5G telah dilancarkan secara rasmi selepas tertiris menerusi beberapa sumber. Ia diposisikan peranti kelas pertengahan yang dijana dengan cip Snapdragon 480+. Konsep yang sama seperti Nokia G22 masih dikekalkan dengan penggunaan bahan plastik kitar semula yang juga mudah diperbaiki oleh pengguna.

Seterusnya skrin adalah sejenis IPS LCD HD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan rekaan bertakuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Sementara itu kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Pilihan memori pula 6GB RAM dengan kebolehan RAM maya sehingga 6GB RAM dan storan dalaman terbina 128GB. Peranti juga menjalankan Android 13 bersama sokongan kemaskini sistem sehingga 2 tahun dan sekuriti 3 tahun diberikan.
1688294174776.png

Turut melengkapi peranti adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 20W dan pengimbas cap jari bagi tujuan sekuriti. Selain itu peranti juga mempunyai kalis air IP52, sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Sumber asal https://www.nokia.com/phones/en_gb/nokia-g-42?sku=101Q5003H044&utm_source=technave
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register