Nokia dan Apple bertelagah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
NEW YORK 30 Dis. - Nokia Corp. memperbesarkan lagi pertikaian undang-undang sedia ada dengan Apple Inc. berhubung isu iPhone dengan menyatakan bahawa hampir kesemua produk lain syarikat itu turut mencabuli paten mereka.

Menurut Nokia semalam, mereka telah memfailkan aduan terhadap Apple dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS), dengan mendakwa iPhone, iPode dan komputer Apple, semuanya mencabuli hak harta intelek Nokia.

Antara tuduhan utama termasuk aspek penggunaan pemaparan skrin dan menu, kamera, antena dan teknologi pengurusan kuasa.

Syarikat itu mendakwa bahawa teknologi itu membantu mengurangkan kos pengeluaran, pengecilan saiz produk dan memanjangkan hayat bateri.

Nokia yang mendapat sambutan hangat di Asia dan Eropah hanya memainkan peranan kecil di AS, di mana telefon pintar keluarannya berdepan saingan sengit daripada iPhone keluaran Apple dan BlackBerry keluaran Research in Motion Ltd.

Pengeluar telefon terbesar di dunia ini turut berwaspada dengan saiz pasarannya yang kini berada pada tahap 38 peratus dan akan mendatar pada tahun hadapan.

Syarikat yang beribu pejabat di Espoo, Finland ini sebelum ini telah menyaman Apple di Mahkamah Daerah AS di Wilmington, Delaware berhubung isu iPhone dengan mendakwa ia mencabuli 10 paten mereka berkaitan panggilan telefon dan akses Wi-Fi.

Apple menafikan tuduhan tersebut dan pada bulan ini telah membuat tuntutan balas di Mahkamah Delaware dengan mengatakan Nokia telah menyalin aspek-aspek iPhone dalam produknya.

Apple mendakwa Nokia melanggar hak-hak patennya dari segi teknologi dengan menghubungkan telefon dengan komputer, persidangan telefon, menu-menu sentuhan-skrin dan lain-lain lagi. - AP
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,225
Reaction score
21,042
Points
1,671
ni sape tiru sape ni?
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
JV je kan bagus ....
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
stendet la ni..first come first serve...org US mane nk support product lua.dorang bgge gile ngn product dorang..
 

pasu

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,163
Reaction score
0
Points
20
nasib baik aku tak guna Nokia & iPhone.. :eek:
 

tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
dorang gaduh...produk china yg untung...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,898
Reaction score
1,026
Points
201
hhahaa elok gak la tu .. kasi sedar sikit apple tu .. gembira tol aku apple kene saman .. huhhuhuuhuh
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,151
Reaction score
1,100
Points
201
Apple mmg suka meniru, tuh la sikap org Amerika, pastuh dakwa yg dorang creat teknologi tuh.. Elok la dorang gaduh br kita tau tembelang org2 barat..heheh.. Tp SE tetap di hati ku, Walaupun aku kini menggunakan NOKIA...UUUUuuuuuwwwaaaa....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register