BTC USD 67,037.3 Gold USD 2,331.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Noh Salleh dakwa terkena 'renjatan elektrik

Sponsored Post

cuba laa bagi alasan yang baik sikit .. org pun boleh fikir logik kot..... renjatan konon..... bukan berkaki ayam pun.... x pakai baju ke apa......
Kena renjatan elektrik yg kt mic tu..sentuh bibir..bkn kena yg kt plug atau gitar kot.. tp tgk reaksi lepas dia meludah tu mmg membongak je kena elektrik tu..nmpk stim ade la..
 
Kena renjatan elektrik yg kt mic tu..sentuh bibir..bkn kena yg kt plug atau gitar kot.. tp tgk reaksi lepas dia meludah tu mmg membongak je kena elektrik tu..nmpk stim ade la..
x pernah pulak tgk org kena renjatan meludah, paling tidak dah rebah atau menggelupur.... takper.. sy teriam alasan begitu.. miaaahahahahahaha
 
x pernah pulak tgk org kena renjatan meludah, paling tidak dah rebah atau menggelupur.... takper.. sy teriam alasan begitu.. miaaahahahahahaha
Haha..tu la.. alasan bdk2 je.. mmg la btul bole kete karen skit kt mic tu kalau sentuh bibir.. tp mic murah la..ni show xkn mic mahal.. lgpun kalau kena pun paling2 kite gosok sikit je..xde la meludah.. 😂
 

Awie sindir penyanyi rock tak beradab di pentas​

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin- Oktober 6, 2022 @ 5:00pm
[email protected]
Awie berpendapat, penyanyi Melayu wajar menjaga adab dan tatasusila walaupun genre rock keras dan memiliki budaya tertentu. - NSTP/Owee Ah Chun
Awie berpendapat, penyanyi Melayu wajar menjaga adab dan tatasusila walaupun genre rock keras dan memiliki budaya tertentu. - NSTP/Owee Ah Chun




KUALA LUMPUR: Vokalis rock otai, Datuk Awie berpendapat seseorang penyanyi tidak wajar melampiaskan masalah peribadi atas pentas, sebaliknya boleh diluahkan menerusi karya dihasil dan dinyanyikan.

Awie berkata, penyanyi harus bersikap profesional dan tidak perlu mengheret peminat dalam masalah peribadi.

"Saya sudah 37 tahun bergelar penyanyi rock. Kalau ada masalah peribadi, jangan sekali-kali kita 'hentak' atas pentas dan membiarkan peminat tahu masalah dihadapi.

"Bukan tidak boleh luah, tetapi ia lebih sesuai dibuat menerusi tulisan dalam lirik atau muzik selagi tidak mendatangkan fitnah atau kemudaratan.

"Bagi saya, karakter sebagai penyanyi rock boleh membangunkan sesebuah band. Tidak perlu tunjuk sikap tidak beradab terutama ketika membuat persembahan di khalayak," katanya kepada BH Online.

Awie diminta mengulas sikap penyanyi rock yang didakwa tidak beradab atas pentas ketika menjayakan sebuah konsert di Selangor, baru-baru ini.




Awie bersama Wings akan beraksi di Konsert Wings Naga Kramat di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini. - NSTP/Owee Ah Chun
Awie bersama Wings akan beraksi di Konsert Wings Naga Kramat di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini. - NSTP/Owee Ah Chun




Bagi vokalis kumpulan Wings itu, penyanyi Melayu tempatan wajar menjaga adab dan tatasusila walaupun ramai tahu genre muzik rock keras dan memiliki budaya tertentu.

"Sebenarnya, ada beza antara penyanyi rock dengan 'beruk'. Kalau rockers tidak begitu, tetapi kalau 'beruk' mungkin begitulah agaknya.

"Kita kena ingat adab dan budaya Melayu sangat tinggi. Bagi saya, kalau biadab bukan orang Melayu. Jiwa rock macam mana sekali pun biarlah beradab.

"Kasihanilah ibu bapa melahirkan dan mendidik dengan adab, sopan santun dan pendidikan sempurna, tetapi tiba-tiba dihancurkan.

"Saya tahu muzik rock banyak pecahan genre dan ada budaya tertentu dari luar. Namun, jangan kita ikut cara negatif, sekali gus membudayakan kelakuan tidak baik," katanya.

Awie ditemui pada sidang media Konsert Wings Naga Kramat, kelmarin.

Konsert Naga Kramat anjuran MW Mega dan Awie Entertainment bakal menggegarkan lokasi bertaraf dunia, Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

Selain Awie selaku vokalis, Wings turut dianggotai Edrie (gitar), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar).
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register