Noh: Rakyat Selangor mahu BN kembali

CG Sponsors




demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73


LIMA tahun bawah pemerintahan pakatan pembangkang diterajui PKR, rakyat Selangor mula sedar akan kepincangan hasil kegagalan urus tadbir kerajaan negeri. Tidak mahu rakyat terus diperdaya, Barisan Nasional (BN) bangkit merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dengan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagi mengetahui persediaan parti itu menawan hati pengundi Selangor.


Setakat ini bagaimana sokongan rakyat Selangor kepada BN?

NOH: Saya lihat sokongan rakyat Selangor semakin bertambah. Ini dibuktikan melalui sambutan program diadakan BN. Sebelum BN memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, saya akui memang sukar mendapatkan sokongan dalam program dianjurkan BN.

Malah, ahli Umno ketika itu juga agak kurang bersemangat. Namun, selepas menang di Hulu Selangor dan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi Umno dan BN Selangor, saya lihat ada banyak perubahan.


Bagaimana persediaan BN merampas kembali Selangor pada PRU13 ini?

NOH: Umno/BN sebagai pembangkang agak susah kerana yang kita nak lawan ialah kerajaan negeri. Sebagai kerajaan negeri, mereka ada peruntukan untuk buat macam-macam. Jadi kita perlu buat pelbagai strategi.

Untuk kuatkan strategi, Umno/BN ada dua timbalan, iaitu saya sebagai Timbalan Pengerusi BN Selangor dan Datuk Ser Ir Zin Mohamed dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor. Masing-masing ada tugas sendiri dan kami akan beri bantuan kepada Datuk Seri Najib. Kita juga telah siap sedia hadapi PRU13. Malah, setiap bahagian juga sudah adakan mesyuarat pemantapan jentera.


MB pernah mendakwa kerajaan PR lagi bagus daripada BN ketika memerintah dulu. Adakah ini benar?

NOH: Bagus dari segi apa? Adakah pengukurannya dari segi menteri besar pandai simpan duit sehingga RM2.8 bilion? Kerajaan negeri patut malu kerana apa gunanya simpan duit banyak tetapi rakyat tidak dapat habuan.

Kerajaan yang baik sepatutnya melabur semula duit mereka dapat kepada rakyat. Dalam hal ini, jelas kerajaan negeri tidak menunaikan janji kepada rakyat. Malah, belum pernah dalam sejarah kerajaan disaman rakyat yang menuntut hak mereka.

Malangnya, kerajaan negeri bukannya mahu duduk berbincang dengan rakyat tetapi mereka lawan balik dan saman rakyat pula.


Isu pendidikan turut menjadi kontroversi. Komen Datuk Seri?

NOH: Jika sesuatu bangsa nak maju, pendidikan amat penting dan tidak boleh dipolitikkan. Kerajaan Persekutuan merancang membina sebuah lagi kampus UiTM di Selangor.

Duit dikeluarkan Kerajaan Persekutuan dan tanah pula milik YBK (Yayasan Basmi Kemiskinan). Kerajaan negeri tidak perlu keluar duit, hanya perlu beri kelulusan tetapi mereka tolak. Siapa yang rugi?

Mereka juga tolak permohonan menukar status tanah pertanian bagi membina Universiti Perdana yang sepatutnya jadi universiti perubatan terbesar di rantau ini. Manakala, menurut laporan Jabatan Audit Negara pula, Unisel menanggung rugi RM43 juta. Apabila pendidikan diketepikan, apa yang akan jadi kepada rakyat?

Sementara itu, keperluan tiga golongan yang terlibat secara langsung dalam mengembangkan pendidikan agama iaitu imam, guru Kafa dan guru takmir juga diketepikan kerajaan negeri.

Mereka boleh dikategorikan sebagai asnaf kerana pendapatan kurang RM1,500. Pendapatan imam RM750 sebulan dibayar BN. Kalau kerajaan negeri bertanggungjawab, mengapa tidak beri jumlah sumbangan yang sama agar imam dapat RM1,500.

Guru Kafa pula dapat RM500 dari kerajaan negeri dan RM800 dari BN. Manakala guru takmir kita beri RM800 sebulan. Ini menunjukkan walaupun Selangor diperintah PR, kita tak pernah mengabaikan pendidik agama.


Bagaimana pula dengan isu air?

NOH: Dalam isu air, kita tak menyebelahi mana-mana. kerajaan negeri asyik menuduh Syabas tetapi tiada usaha untuk selesaikannya. Rakyat yang jadi mangsa. Apabila masalah air semakin kritikal, BN sekali lagi ketepikan kepentingan politik dengan memberi pinjaman RM606 juta kepada Syabas dan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah ini dalam jangka pendek.

Kita juga bina loji baru di Sungai Labu menggunakan duit Kerajaan Persekutuan. Kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri untuk urus. Ketika BN memerintah, kita sudah tahu Selangor akan hadapi krisis air menjelang 2014 dan kita buat persiapan dari dulu.

Kita juga cuma mahu kerajaan negeri meluluskan projek loji Langat 2. Sebaliknya mereka asyik cakap nak selesaikan masalah penstrukturan air dan ambil alih Syabas terlebih dulu. Kerajaan negeri perlu ingat bahawa pembekalan air bersih dan penstrukturan semula air di Selangor adalah dua isu berbeza. Saya juga percaya isu hendak ambil alih Syabas hanya gimik politik kerajaan negeri.


Apakah kesan sekiranya krisis air ini masih tidak diatasi?

NOH: Air sedia ada di Selangor hanya cukup untuk projek sedia ada. Ada 440 projek baru yang tidak boleh dijalankan kerana kekurangan bekalan air merangkumi projek perumahan, premis perniagaan, kompleks membeli-belah, hotel, kilang, rumah ibadat dan sekolah.

Apabila projek tidak dapat dijalankan, perkembangan ekonomi Selangor akan tersekat, peluang pekerjaan tiada dan pelaburan rugi. Jika rakyat beri peluang kepada BN, dengan siapnya loji Langat 2, insya-ALLAH bekalan air Selangor akan mencukupi untuk 20 tahun lagi.


Bagaimana pula Datuk Seri melihat janji PR untuk melaksanakan projek rumah mampu milik?

NOH: Kita nampak, dekat pilihan raya baru mereka umum hendak buat rumah murah dan mampu milik. Ini semua untuk menipu rakyat. Malah, tujuan dan peranan agensi dan badan untuk jaga ekonomi Selangor juga disalah guna.

Contohnya, PKNS yang kini bertindak macam syarikat swasta, cari untung sehingga lu;pa agenda penubuhannya. PKNS ditubuhkan atas titisan air mata orang Melayu agar orang luar bandar dapat beli rumah di bandar. Konsep projek perumahan di Datum Jelatek, Keramat asalnya mampu milik tapi dibuat lari dari konsep PKNS, jadi rumah mewah.

Menteri besar bagi alasan, ini cara untuk majukan orang Melayu agar tak berada di takuk sama. Dengan harga rumah dari RM700,000 hingga RM11 juta bukan semua orang mampu beli. Kerajaan negeri bukan nak membantu tapi menindas. Apabila rumah dalam bandar dibuat dengan mahal, orang akan beralih beli rumah di pinggir dan luar bandar. Mungkin sebagai orang korporat, menteri besar hanya fikir untung.


Adakah Datuk Seri berpandangan rakyat tidak lagi mempercayai pemerintahan PR?

NOH: Ya, rakyat kini sudah cerdik dan mula nampak. Golongan yang dulunya sokong PR beralih kepada BN. Mereka tidak mahu lagi beri peluang kepada PR. Bukan saja ahli-ahli dan penyokong tegar BN, malah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga bangkit menuntut hak mereka.

Nampaknya janji Kampung Buah Pala bukan saja berlaku di Pulau Pinang, malah di Selangor. Oleh itu, rakyat Selangor perlu memberi peluang kepada BN untuk kembali memerintah sekiranya mereka mahu Selangor kembali maju.


Ada pendapat mengatakan, BN perlu memperkenalkan calon MB sekiranya mahu meyakinkan rakyat. Komen Datuk Seri?

NOH: Itu hanya teori. Dulu sebelum PR menang, mereka tidak heboh pun siapa menteri besar. Lagipun, beranikah Khalid umum beliau akan kekal sebagai menteri besar? Di Selangor, BN ada ramai pemimpin yang berwibawa.

Namun, dalam perlembagaan negeri Selangor jelas mengatakan menteri besar mestilah orang Melayu beragama Islam. Umno akan bertanding di 35 kerusi Dun. Tak akan daripada 35 ini tak ada seorang yang layak jadi menteri besar. Calon kita terdiri daripada pelbagai lapisan, latar belakang. Dalam pada itu, kita juga tidak mahu isu calon menteri besar ini merosakkan semua perancangan yang sudah dibuat.

Kalau lagi banyak cakap tentang siapa menteri besar, kecoh nanti. Misalnya, kalau kita kata A calon menteri besar, apa kesannya? Kalau ada orang lain pula yang berangan hendak jadi menteri besar, dia akan cari jalan nak jatuhkan A. Kalau A berangan jadi menteri besar pula, dia akan susun kroninya. Kita pun tahu, jadi kita tak mahu terperangkap dengan jolokan-jolokan ini.


Harapan Datuk Seri kepada rakyat Selangor?

NOH: Harapan saya, hayatilah cogan kata dan saranan yang dibuat BN iaitu ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’. BN satu-satunya parti yang membangunkan Selangor sejak merdeka hingga hari. Jika dibiarkan PR terus memerintah kerana meraka ini ibarat tikus membaiki labu. Oleh itu, jika rakyat sayangkan Selangor dan mahu negeri ini terus maju, mereka kena yakin dengan BN.
 
Sponsored Post

mhassan

Fun Poster
Joined
Apr 22, 2011
Messages
478
Reaction score
0
Points
10
kikiki...syok sendiri mamat nie...jgn ler terburu buru..nnt kau menyesal tiada guna....alahai
 

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
noh omar ni klo 1 hari x menipu dah lama mampos dia ni..
 

nangka madu

Active Member
Joined
Mar 21, 2013
Messages
1,881
Reaction score
5
Points
25
rakyat selangor ke ahli2 umno mahu sgt BN nie..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,284
Reaction score
1,131
Points
201
rakyat selangor ingin BN kembali ke pusat pelupusan sampah...
 

mfnmr

Fun Poster
Joined
Apr 25, 2011
Messages
350
Reaction score
9
Points
15
Dia nak selangor sbb dia kan calom mb.jadi menterindulu pun x kemana.abis ler sel kalu dpt kat dia.
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
213
Points
128
Nojh sorang je kata.. kami tak kata yerr
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
nak suruh orang selangor mula bayar air ke :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register