BTC USD 22,838.0 Gold USD 1,914.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Noh Omar Tak Puas Hati Sijil HALAL Lambat Sangat Dikeluarkan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,529
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,529
Reaction score
1,263
Points
206

Apa guna MEDAC buat kursus kalau tiada sijil halal?- Noh​



IMG_20211209_125106-scaled.jpg

Menteri Pembangunan Usahawan, Tan Sri Noh Omar (kiri) merasmikan kilang Aductive Food Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Batu Arang hari ini.
KUALA SELANGOR – Menteri Pembangunan Usahawan melahirkan rasa kesal apabila sijil halal lewat dikeluarkan sebuah agensi berkaitan sehingga menyukarkan usahawan kecil mengembangkan operasi perniagaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, meskipun pihaknya banyak menganjurkan program berkaitan produk halal namun tanpa sijil halal, ia tidak membawa makna malah hanya membantutkan perniagaan usahawan tempatan.

“Saya terima rungutan, sijil halal ini, bukan main susah nak dapat, sebab apa? Bertahun kadang-kala menunggu. Kita bawalah usahawan-usahawan ini.

“Malah saya pernah berdialog dengan usahawan, mereka kata tolonglah Tan Sri, sijil halal ini, lima hingga enam bulan tak dapat lagi.

“Kelulusan sudah bagi, sijil keluar pun sebulan. Kenapa jadi macam ini? Saya malas tuduh mana-mana agensi tapi saya nak cabar, saya nak minta sijil halal ini.

“MEDAC pun ada pelbagai program halal, apa guna MEDAC buat macam-macam program halal kalau pihak yang keluarkan sijil halal susah sangat,” katanya ketika berucap merasmikan kilang Aductive Food Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Batu Arang hari ini.

Noh berkata, agensi yang mengeluarkan sijil halal perlu lebih peka dan tidak menyukarkan proses pengesahan jika datang daripada orang Islam.

“Bila orang Islam minta sijil halal, jangan samakan dengan bukan Islam, dia tahu apa itu halal, dari kecil didik dengan halal, apa yang susah sangat.

“Bukan Islam mungkin kita nak kena ajar apa erti halal, mana boleh sama. Kita nak tolong rakyat, nak tolong usahawan, dalam keadaan seperti ini (pandemik Covid-19) jangan buat kerja sama,” tegasnya.

Noh juga menggesa agensi yang berkaitan agar mempercepatkan proses kelulusan itu khususnya melibatkan usahawan Islam di negara ini.

“Yang minta orang Islam, inilah yang saya jawab dalam Parlimen, letih kita, cakap nak tolong bumiputera, sijil halal pun tak dapat, fasal apa?

“Saya nak minta agensi yang keluarkan sijil halal ini tolong keluarkan sijil halal dan turun padang. Jangan duduk dalam pejabat, bila kita panggil baru nak turun, ini masalah kita.

“Rakyat tengah susah di luar sana, jangan buat kerja seperti biasa,” katanya.

Kesal dengan kelewatan insiden itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu akan menyuarakan keluhan usahawan itu dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Esok, saya nak bangkit (sijil halal) dalam Kabinet, kecewalah kita, dasar sudah betul, pelaksanaan tak betul,” dakwanya. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,529
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,529
Reaction score
1,263
Points
206

MEDAC mahu pengeluaran sijil halal dipercepatkan​


WhatsApp-Image-2021-12-09-at-16.42.56.jpeg

Noh (kiri) ketika melakukan simbolik peletakan tanda halal pada produk Aducktive Food Sdn. Bhd., hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mahu agensi yang terlibat dalam mengeluarkan sijil halal untuk melakukannya dalam tempoh segera bagi membantu para usahawan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya kerap menerima aduan mengenai sijil halal lambat dikeluarkan malah ada yang terpaksa menunggu hingga tempoh setahun sedangkan permohonan mereka sudah lulus.

Katanya, pihak kementerian di bawah Program Pembangunan Keusahawanan Halal turut memperkenalkan banyak program melibatkan halal seperti Halal Outreach Programme For Entrepreneurs dan Halal Technology Transformation Programme.

“Sijil halal bukan main susah hendak dapat. Usahawan minta tolong sijil halal lima hingga enam bulan tidak dapat lagi.

“Kelulusan sudah ada tetapi sijil tidak dapat lagi. Saya tidak mahu tuduh mana-mana agensi tetapi saya hendak minta sijil halal dipercepatkan. Kita mahu bantu usahawan tetapi mengapa lambat,” katanya ketika berucap merasmikan kilang syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. di Kota Puteri, Ijok, di sini hari ini.

Aducktive Food merupakan salah satu syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dibimbing MEDAC di bawah Halal Technology Transformation Programme yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia.
Dalam perkembangan berasingan, Noh memberitahu, MEDAC menerusi agensi terlibat akan melaksanakan konsep sewa beli kilang dalam usaha membantu menambah bilangan usahawan Bumiputera sekali gus memperbanyakkan aset-aset usahawan Bumiputera. – K!ONLINE

 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,529
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,529
Reaction score
1,263
Points
206

Noh gesa percepat pengeluaran sijil halal kepada usahawan​

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 09 Disember 2021
1337409.jpeg

Noh (dua dari kanan) melawat kilang pembungkusan pada Lawatan Kerja di Aducktive Good Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini pada Khamis.

AGENSI kerajaan yang mengeluarkan sijil halal diminta mempercepatkan proses pengesahan pensijilan halal Malaysia yang dipohon usahawan di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, beliau menerima banyak rungutan dalam kalangan usahawan tentang kerumitan mereka memperoleh sijil halal hingga terpaksa menunggu selama setahun.

Menurutnya, tempoh pengesahan sijil halal itu dianggap memakan tempoh masa terlalu lama sedangkan kebanyakan usahawan memerlukan bantuan kerajaan terutama dalam keadaan mereka terjejas akibat penularan Covid-19.

"Ramai usahawan merungut tentang kelewatan memperoleh pensijilan halal ini dan saya dimaklumkan setelah mendapatkan kelulusan halal mereka juga terpaksa menunggu hingga sebulan lagi mendapatkan sijil halal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Lawatan Kerja di Aducktive Good Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini pada Khamis.

Noh berkata, pada Khamis ini sahaja sebanyak empat aduan diterima beliau dalam kalangan usahawan berhubung kelewatan memperoleh pensijilan halal.

"Kita amat kecewa kerana agensi bertanggungjawab mengambil masa setahun hendak meluluskan sedangkan sijil halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa," jelasnya.
Katanya, kelewatan pensijilan halal itu juga akan dibangkitkan beliau dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Disyorkan artikel ini:
"Agensi bertanggungjawab perlu turun padang dan percepatkan proses pengesahan pensijilan halal ini.


"Rakyat di luar sana sedang dalam kesusahan dan kita perlu bersama-sama berganding bahu membantu memudahkan mereka mempercepatkan proses pensijilan halal ini," katanya.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register