BTC USD 28,079.5 Gold USD 1,966.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'No PKR, No DAP, No BERSATU hanya untuk hadapi PRU15' - Zahid Hamidi

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerjasama yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi DAP pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak akan menghilangkan identiti serta mengabaikan prinsip parti itu.
Justeru, beliau meminta semua pihak untuk memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah untuk berdepan PRU15 dan bukannya selepas PRU15.

 

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
13,473
Top Poster #8
Joined
Aug 13, 2008
Messages
13,473
Reaction score
3,920
Points
261
Awards
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerjasama yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi DAP pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak akan menghilangkan identiti serta mengabaikan prinsip parti itu.
Justeru, beliau meminta semua pihak untuk memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah untuk berdepan PRU15 dan bukannya selepas PRU15.


Kita gelak je, kempen maharaja lawak sudah keluar....... 🤣🤣🤣🤣🤣
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,161
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,161
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

'No PKR, No DAP, No BERSATU hanya untuk hadapi PRU15' - Zahid Hamidi​

November 29, 2022 @ 9:52am

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, kerjasama dibentuk di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang didalamnya terdapat DAP pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, tidak mengabaikan prinsip UMNO.

Justeru Presiden UMNO itu meminta semua pihak, memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah hanya untuk berdepan PRU15, dan bukannya selepas pilihan raya umum itu.

"Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama 'lidi seikat' ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam," katanya menerusi hantaran di laman facebook miliknya hari ini.






Menurut Ahmad Zahid, apa yang berlaku dalam arena politik negara hari ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.


"Sesuai dengan perkembangan, ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif," katanya.

Zahid menegaskan, UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap moderate, sederhana, centrik dan progresif dalam menangani perubahan.
"UMNO juga menolak parti menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau turut berkata kerjasama BN dan PH di Perak dan Pahang, khususnya adalah bagi memastikan kesinambungan dalam kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan," katanya.
Zahid yang juga Pengerusi BN, berkata kesan suasana ekonomi dunia yang mencabar, perlu ditangani dengan lebih baik di peringkat tempatan agar tidak memberikan kesan berterusan kepada negeri dan negara.

"Kerjasama yang dibina oleh BN Perak dan Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik," jelasnya.

Beliau berkata, pendekatan baharu ini adalah satu pilihan yang akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sifat keterbukaan ini mencerminkan bahawa BN-PH merintis jalan baharu untuk membawa politik centrik, jalan kesederhanaan dan matang.
Tambah beliau, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berbentuk kerajaan campuran selepas Perikatan Nasional (PN) menolak untuk menyertainya.

images.jpg


Biar gambar berbicara​
 

Hou-Ou

Active+ Member
gem
Messages
2,795
Joined
Jun 13, 2021
Messages
2,795
Reaction score
1,288
Points
111
mudah sja

kita tengok...adakah Zahid akan terus kena dakwa walaupun dah berjasa dlm pembentukan kerajaan ?

Kalau tiba2 terus bebas....kita boleh lah kutuk secara berjemaah :)

sekarang masih terlalu awal nak komen apa2


Pada perkiraan saya...tak kira Gomen ke Pembangkakng

Agenda pendakwaan kena diteruskan

Dan senarai dlm Kluster Mahkamah akan jadi lebih panjang

rasa sayalah.....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register