BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nissan Kicks e-Power Di Lancar EV Guna Petrol Untuk Jana Elektrik Bermula RM 113,800

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
Di acara KLIMS 2024 pagi ini Nissan telah melancarkan kereta elektrik (EV) mereka iaitu Kicks e-Power. Berbeza dengan EV lain yang memerlukan pengecasan sekaligus mengambil masa pengguna, Nissan Kicks e-Power menjana kuasa elektrik menggunakan petrol yang tidak memerlukan waktu pengecasan yang panjang.

0d21b734-36a6-4721-949d-fa4129641119-950x534.jpeg.webp


Pengisian petrol penuh membolehkan ia bergerak sehingga 900 km, dengan purata penggunaan tenaga ialah 21.7km/ L. Petrol ini digunakan untuk mengecas bateri dan juga memberikan kuasa elektrik terus ke motor elektrik e-Power generasi kedua. Malah untuk sistem elektrik e-Power ini telah ditambah baik dari segi kapasiti bateri dari 1.57 kWh kepada 2.06 kWh, dan sel bateri yang ditambah dari 80 sel kepada 96 sel, bagi memberikan kuasa setinggi 95kW dengan tork maksimum 280 nm.

b709c7b1-2302-4955-a89d-acb627ebfc02-950x534.jpeg.webp


Selain dari itu ia juga dilengkapi dengan 9 fungsi pemanduan pintar, dan manfaat utama Nissan Kicks e-Power ini adalah pecutan seumpama elektrik, tanpa sebarang kerisauan pengecasan. Nissan Kicks e-Power ini ditawarkan dalam dua versi iaitu VL dan VT, dengan versi VT turut ditawarkan dalam pilihan dua tona warna.

af49a606-97bd-468f-810c-311a9c6de722-950x534.jpeg.webp


Nissan Kicks e-Power VL dijual pada harga RM 113,800 dengan jaminan selama 5 tahun atau 100,000km, dan jaminan komponen elektrik serta bateri selama 8 tahun atau 160,000KM. Versi VLT akan dijual pada harga RM 121,800 manakala VLT dua tona warna dijual pada harga RM 125,800. Khas untuk 500 pembeli pertama untuk kesemua varian, rebat sebanyak RM 5000 dan juga jaminan komponen elektrik tambahan selama 2 tahun, menjadikan jaminan komponen elektrik selama 10 tahun atau 160,000km.

0d003347-0804-45d4-8083-9846742f028d-950x534.jpeg.webp


Dengan pengenalan Nissan Kicks e-Power ini akan dapat menawarkan pilihan kereta elektrik berbeza untuk pengguna, dengan manfaat motor elektrik, tanpa sebarang kerisauan pengecasan.​
 
Sponsored Post

Yeke....
Sama mcm konsep hibrid yg di perkenal kan dulu la kan...
Btul tak?
lain tuan....dulu hybrid still enjin petrol run kereta.. ni guna motor elektrik yg run kereta.. generator(petrol) tuk tuk cas batery je.. sama macam generator dekat pasar malam tu...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register