- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR – Dia menyertai pasukan tentera pada tahun 1954 dan bersara penuh pada tahun 1974, namun sehingga hari ini, dia cuma menerima wang ihsan sebanyak RM70 yang hanya mula dibayar sejak 2006.
Itulah nasib yang menimpa Yusoff @ Mohd. Rejab Ahmad, bekas staf sarjan pasukan tentera Malaysia yang pernah mengawal keselamatan negara bagi mengelak daripada serangan komunis.
Apakah dia tidak layak mendapat pencen dan apakah wang sebanyak itu cukup untuk menyara dia dan isterinya, Baidah Yahaya, 67, yang kini menghidap pelbagai penyakit termasuk dirinya?
“Saya bukan mengharapkan ganjaran atau penghormatan setelah berkhidmat selama 20 tahun tetapi saya tertanya-tanya apakah saya tidak layak menerima pencen sebagaimana rakan-rakan saya ketika di dalam tentera dulu.
“Apa yang saya dapat hari ini hanyalah wang ihsan yang dibayar sejak tiga tahun lalu setelah saya mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Kedah Cawangan Merbok,” katanya.
Sambil menunjukkan kad pesara tenteranya, Yusoff berkata, wang ihsan yang diterima tidak dapat menampung keperluan dia dan isterinya yang kini menumpang di rumah anak-anak.
“Sekejap di Johor, sekejap di Kuala Lumpur dan Klang. Saya dan isteri tidak pernah menetap di satu tempat malah hari raya juga mengikut di mana anak-anak akan berkumpul.
“Makan minum pun kini ditanggung sepenuhnya oleh anak-anak. Walaupun mereka tidak pernah merungut namun jauh di hati kecil saya, ingin juga tinggal di rumah milik sendiri,” ujarnya.
Bercakap tentang wang ihsan lagi, Yusoff yang bertugas di unit Artileri ketika itu berkata, dia dibantu oleh anak rakannya yang prihatin dengan nasibnya.
Kena siasat segera nie...sian pak cik nie...20 tahun kerja tu...