BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Perdana ramai-ramai elak maksiat golongan muda

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,215
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,215
Reaction score
3,992
Points
266
Awards
1
PSX_20190901_115144-960x640.jpg

by Norhayati UmorSeptember 1, 2019 2:06 pm

GOMBAK, 1 SEPT: Peningkatan gejala sosial, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam kalangan anak muda di kawasan itu mendorong Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, di sini melaksanakan Majlis Pernikahan Perdana.

Nazir masjidnya, Wan Nawawi Wan Dagang berkata, sebanyak 72 pasangan berjaya dinikahkan sejak program tahunan itu diadakan pada 2012.
“Program dijalankan hasil inisiatif pihak masjid ini bertujuan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat masa kini.

“Di Gombak, walaupun dakwah agak kuat tetapi aktiviti maksiat juga meningkat setiap hari. Kita menerima banyak aduan sumbang selain pasangan bersekedudukan.
“Oleh itu, program seperti ini dapat mengelak pasangan muda dari terjebak gejala maksiat atau sumbang,” katanya.

PSX_20190901_115324-500x333.jpg

Wan Nawawi Wan Dagang. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada masa sama, Wan Nawawi berkata, program nikah perdana itu juga dapat memudahkan urusan perkahwinan selain menjimatkan kewangan.
“Dengan membayar hanya RM1,200 pasangan boleh berkahwin di sini dan kita juga menyediakan jamuan makanan, pelamin dan pakaian pengantin.

“Kita tidak mahu anak muda terbeban dengan hutang kerana menanggung kos perkahwinan dan kenduri yang mahal ketika ini.
“Kita juga mahu mendidik masyarakat berkenaan perjalanan majlis pernikahan yang sederhana dan menepati syariat Islam,” katanya.

PSX_20190901_114025-500x333.jpg

Lima pasangan pengantin turut serta dalam Sambutan Maal Hijrah 1441H dan Majlis Pernikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak pada 1 September 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada program itu, seramai lima pasangan muda dinikahkan pada program Sambutan Maal Hijrah 1441H dan Majlis Pernikahan Perdana itu.
Pasangan pengantin berusia sekitar 22 dan 23 tahun itu diijab qabulkan bersempena mengambil keberkatan tarikh 1 Muharam 1441H yang sangat penting dalam kalendar umat Islam.

sumber - https://selangorkini.my/2019/09/nikah-perdana-elak-maksiat-golongan-muda/
 
Sponsored Post

sampai bila orang melayu islam berkahwin mesti kena ada pelamin..?

masjid pun galakkan..:unsure:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register