BTC USD 99,500.9 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Hari Ini, Luna Maya Jalani Acara Siraman Dengan 7 Sumber Mata Air Termasuk Air Zam-Zam

kakigossip

Fun Poster
Messages
673
Joined
Apr 21, 2011
Messages
673
Reaction score
23
Points
15
astro_gempak_luna_siraman.jpg


Nikah Hari Ini, Luna Maya Jalani Acara Siraman Dengan 7 Sumber Mata Air Termasuk Air Zam-Zam. Luna Maya, 41, sedang menghitung detik diijabkabulkan dengan kekasihnya, Maxime Bouttier hari ini.

Pasangan selebriti itu bakal disatukan sebagai suami isteri di Ubud, Bali dalam sebuah majlis tertutup.

Namun sebelum menikah, keduanya telah melalui beberapa ritual adat yang selalu dilakukan menjelang perkahwinan. Ini termasuklah acara siraman.

Acara siraman merupakan daripada rangkaian adat Jawa yang melambangkan penyucian diri sebelum memasuki kehidupan pernikahan.

Diketahui pasangan yang menggayakan busana tradisional Jawa ini telah menggunakan tujuh sumber mata air yang berbeza. Ia melambangkan keberkatan dan kesucian.

Ketujuh sumber mata air itu termasuk air zam-zam, air dari Jakarta yang diambil di rumah Luna Maya dan air dari Bali kampung halaman aktres tersebut.

Selain itu sumber air juga diambil daripada kediaman pelakon Maxime, lapor Kompas.

Ritual yang dipimpin oleh ibu Luna, Desa Maya Waltaurd Maiyer telah disiarkan secara langsung menerusi YouTube TS Media dan Luna Maya.

Pada acara sama Luna juga terlihat sangat emosional sewaktu bersalaman dan meminta restu ibunya.

Maxime sebelum ini melamar Luna di Jepun.

==============================
Adoi Luna ni, sweet la siap ada siraman air zam-zam bagai. Tapi tak semestinya air siraman tu buat hubungan kekal ye. Kita tunggu IG dorang update kalau ada drama lepas ni 😏.

 
Back
Top
Log in Register