BTC USD 57,057.3 Gold USD 1,834.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Dulu atau Kenal Dulu?

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Tak kenal maka tak cinta :D

Terlebih kenal, terpaksa bercinta #:-S

Kini, jika anak muda (20-23 tahun) menyampaikan hasratnya kepada ibu bapa mereka bahawa dia mahu menikah, kebanyakan ibu bapa akan menjawab begini:

“Laa... kenapa pula nak kahwin cepat-cepat sangat ni? Kan masih awal lagi. Ambil la masa untuk korang berkenal-kenal dulu. Lama-lama nanti bila dah betul-betul serasi, barulah nikah pun... Abah dan emak bukan tak bagi nak nikah. Tapi terlalu awal lagi...”

Anak-anak mula akan terfikir, apakah maksud sebenar bila dah betul-betul serasi tu? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke? Wanau'zubillah.... #:-S

Kemudian, bila dengan kawan-kawan pula, bila kita saja tanya tentang nikah, maka jadi segan-segan pulak. Contohnya begini:

“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek ko tu, tiap-tiap hari asyik sms, bergayut berjam-jam, dan dating setiap minggu . Bila kuar dating naik kereta sama-sama. Kekadang naik motor jugak. So bila korang bercadang nak nikahnya?”

“Alaa, ko ni rilex la. Takkan baru kenal terus aku nak nikah? Lagipun aku segan la nak pegi jumpa parent dia bagitau nak nikah. duit pun tak cukup macam mana nak kahwin beb? Tengok la nanti dalam dua atau tiga tahun lagi aku nikah la...”

Hmm... apa lagi yang nak ditengoknya tu??? Call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula? Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu. Tangguh-tangguh yakin sempat ke untuk bertaubat? Kalo Allah takdirkan untuk berjumpa dengan-NYA dulu sebelum nikah?

Ooo... Nak nikah, pandai kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon, tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang tu banyak pula duitnya ek? Memang la ko tak pakai duit aku pun untuk pegi tengok wayang tu, tapi aku sebagai sahabat cuma ingatkan je di masa aku di atas. Munkin nanti aku di bawah, ko nasihat la kan aku pulak ye :)

Tak terfikir ke bahawa lebih baik kalau dah nikah masa usia muda? Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, dapat pahala dan rahmat Allah :)

Pada pendapat saya, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja sekarang ni, perlulah mengambil langkah yang bijak untuk masa depan anak-anak itu sendiri. Pandai-pandailah meninjau-ninjau perilaku anak-anak kita tu. Contoh kita ada anak yang duduk di asrama. Kadang-kadang sebulan sekali baru balik rumah, pastikan anak-anak kita selamat dari maksiat ketika di asrama tu.

Kalau dah nampak lain macam je tu. Usul-usulkanlah supaya menikah dengan cara baik. Duduk berbincang bersama-sama. Takkan tentang masalah dunia lain boleh duduk berbincang sama-sama tetapi tentang masalah agama, MALU nak berbincang??? Pastikan pilihan anak-anak kita tu betul. Laksanakanlah perbincangan di antara kedua-belah pihak, supaya kita tahu dengan siapa anak kita mahu dinikahkan.

Maaf la. Ini hanya pendapat saya yang belum punya anak-anak. :"> Perihal tentang pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Sebab kini yang saya tahu, punya banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Contoh kalo jodoh duduk utara, dan pasangan duduk selatan, so jenuh tu nak ulang balik. :(( Benda yang baik, perlulah kita segerakan. Tak gitu?

Orait. Setakat ini dulu. Apakah pendapat anda? :)cgrock
 
Sponsored Post

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,404
Reaction score
339
Points
136
btol tu...aku sokong beb..
 

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
Bernas persoalan ko ni.. kasi bukak sket minda memana yg belom kawen tu..
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,582
Reaction score
134
Points
133
akhirnya ada jugak org bukak thread nih...........sonoknya!!!!..... aku dah surender dah carik bini...suruh org tua ngan nenek aku je carikan...tak sanggup aku nak cari sendiri...fuh :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register