Nikah di kedai makan

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
774
Reaction score
133
Points
23

Ibrahim dan Siti Zaiyuah bergambar bersama ahli keluarga dan tetamu pada majlis persandingan mereka di sebuah kedai makan. FOTO Ihsan Ahmad Ismail

Ahmad Ismail

[email protected].

SUAMI isteri mencipta kelainan apabila melangsungkan majlis akad nikah di kedai makan dalam satu majlis di Lebuhraya Segamat ke Kuantan, Segamat hari ini.

Majlis bersejarah itu dihadiri 200 tetamu kalangan ahli keluarga dan kenalan pasangan berkenaan, Ibrahim Mohd Zain, 59, serta isterinya, Siti Zaiyuah Mohamad, 47, yang dinikahkan 10.30 pagi.

Ibrahim berkata, dia mahu majlis pernikahan kedua buat dirinya bersama isteri berlainan berbanding lokasi biasa dianjurkan kebanyakan pasangan.

“Perkahwinan kedua ini selepas kehilangan isteri Allahyarham Siti Rosniza Mohd Desa yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.

“Saya kemudian bertemu, Siti Zaiyuah yang berstatus balu selepas kehilangan arwah suami tiga tahun lalu akibat jantung,” katanya ditemui di kedai makan itu.

Menurutnya, majlis dimulakan dengan upacara akad nikah pada 10.30 pagi diikuti jamuan makan selain pelbagai barang hantaran kedua-dua pihak.

“Pelamin juga disediakan di dalam kedai makan dan tetamu diberikan ‘buah tangan’ untuk dibawa pulang.

“Saya bersyukur kerana dengan sekali lafaz saya menjadi suami orang,” katanya.

Katanya, tidak ramai tetamu dijemput namun majlis itu meriah dengan kehadiran ahli keluarga.

Ibrahim berkata, status yatim piatu memudahkan waris keluarga kedua-dua pihak mengadakan majlis perkahwinan seperti itu.

Katanya, uniknya kedua-dua isterinya bermula dengan nama Siti, malah dalam kalangan keluarganya terdapat tujuh individu bernama Siti.

“Perkahwinan terdahulu, saya tidak dikurniakan zuriat namun Siti Zaiyuah mempunyai anak perempuan, Nur Farhana, 4, hasil perkahwinan terdahulu,” katanya.

Katanya, dia dan isteri berkenalan setahun lalu melalui seorang kenalan di Segamat dan hanya bersembang melalui aplikasi WhatsApp.

“Kami tidak pernah keluar berduaan dan pertama kali melihat secara berdepan pada hari pernikahan bagi menjaga adab sopan dan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Siti Zaiyuah berkata, dia reda dengan ketentuan perkahwinan keduanya itu selain bersyukur majlis sederhana itu meriah.
“Doakan kesejahteraan rumah tangga kami dan suami dan kasih sayangnya berterusan,” katanya.

 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register