Nik Aziz sahkan setiausaha politik, akhbar letak jawatan

CG Sponsors

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Nik Aziz yang juga MUrsyidul Am Pas berkata, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diisi bila-bila masa oleh orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya.
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,036
Reaction score
228
Points
133
Rupanya cite yg dgr dulu tu betul rupenya
apa nak jadi ni
Cerita ape??

Nak jadi ape??

Stakat nk bg komen mcm ni baik tk pyh bg..

Ulas la skit..tak elok biar tergantung..:-?
 
cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,238
Reaction score
88
Points
30
Cerita ape??

Nak jadi ape??

Stakat nk bg komen mcm ni baik tk pyh bg..

Ulas la skit..tak elok biar tergantung..:-?
aku sokong pendapat ko ni..setakat nak bagi komen tergantung-gantung bagi org tertanya2 buat apa.. or saja nak tunjuk laa kat org lain yg dia tahu..tapi..org lain tak tahu...tapi..tak nak ckp kat org lain..
 
shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,996
Reaction score
207
Points
133
Bh dan utusan bakal kena saman lagi

BH DAN UTUSAN BAKAL KENA SAMAN LAGI

Sehari ini dua cukup galak akhbar Berita Harian, Utusan dan yang sewaktu dengannya cuba melaga-lagakan serta memporak perandakan kerajaan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terkini mereka cuba menggambarkan kepimpinan TGNA di Kelantan sedang bergolak dan berhadapan krisis kepercayaan. Bagi pihak [email protected] mereka beranggapan situasi ini menggambarkan kemelut politik yang berlaku di Kelantan.

Isu perletakan jawatan dan tamat kontrak Setiausaha politik dan akhbar Menteri Besar Kelantan itu cuba digembar gemburkan serta ditokoh tambah serta disensasikan.

Ternyata apa yang berlaku satu cubaan terdesak dan tidak menggugat kepimpinan TGNA dan kerajaan Pas yang telah dua dekad memacu dalam menegakkan syiar Islam di bumi Serambi Mekah.

Hari ini bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob tampil meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.
Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagi saya tak pelik agenda jahat milik akhbar pengampu dan penipu yang dibayangi oleh pimpinan [email protected] Mungkin kini akhbar berkenaan sekarang mencatat keuntungan berlipat kali ganda dan cukup bermurah hati untuk membayar tuntutan saman fitnah atas penyiaran berita yang tidak bermaruah dan beretika.
 
myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35

buat BH and UTUSAN.. jilat la lagi bontot2x busuk tue.. putarbelit lagi la fakta2x..mudah2xn neraka la untuk orang yang fasiq!!:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register