Nik Aziz berkhidmat sehingga ‘hujung nyawa’

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.

“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.

Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pru13/nik-aziz-berkhidmat-sehingga-hujung-nyawa-1.148373
 
Sponsored Post

abdan

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
3,410
Reaction score
13
Points
25
semoga nik aziz diberikan hidayah dan petunjuk...
 

arzaraza

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,762
Reaction score
28
Points
70
biar putih tulang jangan putih mata
 

dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
kadang kala mmg org susah nak lepas kan kuasa... sbb nak dapat kuasa 2 susah.. bila dah dapat mmg seronok... bila nak lepas mesti x mahu.. dah nama manusia...
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,048
Reaction score
2,960
Points
201
teruskan perjuangan tok guru....

Nabi juga berjuang untuk pertahankan Islam sehingga ke hujung nyawa...Mati dalam memperjuangkan agama adalah lebih baik daripada mati yang biasa..wallhuhalam..

kalo aku pengundi DUN cempaka..aku akan nmengundi tok guru tak kisahlah tok guru kekal menteri besar atau tidak...
 

frossonice

Active+ Member
Joined
Oct 5, 2010
Messages
3,459
Reaction score
19
Points
25
Moga terus berkhidmat untuk rakyat. Bila tiba masa nanti, pastinya dia sendiri akan mengundur diri. Tak perlu berburuk sangka.
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
semoga diberikan kesihatan yang baik
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,254
Reaction score
1,124
Points
201
sape agaknye calon seswai ganti tgna nih di masa akan dtg?
 

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
alim ulama mmg wajib kena sokong selagi anda bernama islam..


p/s : yg wajib dijatuhkan hanya pemimpin yg korup.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register