BTC USD 28,380.6 Gold USD 1,976.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nicol juara Terbuka Macau

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
10422138_10152522158822266_5256647512267202821_n.jpg

Nicol David
So happy to win my first #MacauOpen title after beating Raneem 3-0. Thanks to Macau Squash and everyone involved in making this tournament a successful major event for women's squash.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David, mempamerkan aksi mengagumkan sebelum meraih gelaran juara Terbuka Macau buat julung kalinya.

Dalam perlawanan akhir di Macau Squash Sports Complex, hari ini, Nicol yang juga pilihan utama, menampilkan aksi bertaraf dunia sebelum menewaskan pemain nombor tiga dunia, Raneem El-Weleily dari Mesir, dengan catatan 11-8,11-2 dan 11-8.

"Sangat gembira menang gelaran ‪#‎MacauOpen buat julung kali‬ selepas tewaskan Raneem 3-0.

“Terima kasih kepada Macau Squash dan semua pihak yang menjadikan kejohanan ini sebagai acara utama bagi skuasy wanita," kata Nicol dalam laman Facebook beliau.

Dalam kategori akhir lelaki, Tarek Momen dari Mesir terpaksa bertungkus lumus sebelum dapat mengalahkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Omar Mosaad.

Tarek menang dengan catatan 6-11, 11-5, 11-7, 4-11 dan 12-10 ke atas Omar, yang juga pilihan kedua. - Bernama


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4227#sthash.26zf5C9b.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register