BTC USD 54,272.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niat hantar borang jadi hantar jenazah

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
LANGGAR - Hajat seorang pelajar mahu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi semalam tercapai tetapi bezanya, apabila dia sampai di situ, keadaanya sudah bertukar menjadi jenazah.

Ini kerana ketika dalam perjalanan, motosikal yang ditunggang Mohd :Amiziasrauf Zolkefli, 17, yang sepatutnya menduduki kertas terakhir mata pelajaran Sains Pertanian peperiksaan SPM hari ini, telah bergesel dengan sebuah lori tanah menyebabkan dia terjatuh dan diseret sejauh beberapa meter.

Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Pokok Sena, mati akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketika itu, Mohd Amiziasrauf dalam perjalanan ke HSB untuk menghantar borang minta kerja di bahagian pembersihan sebagai persediaan untuk membantu keluarga setelah selesai menduduki peperiksaan.

Rakan mangsa yang bersama dengannya ke HSB, Fazil Mohamad, 17, berkata, dia membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakan mereka manakala mangsa menunggang motosikal bersendirian.

Menurutnya, apabila sampai di hadapan Klinik Kesihatan Langgar, dia dan rakannya berada di hadapan manakala mangsa masih bersendirian di belakang.

“Apabila mendapati mangsa terlibat dengan kemalangan, kami berpatah balik dan orang yang berada di situ beritahu, mangsa bergesel dengan sebuah lori,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazil yang juga rakan sekelas mangsa berkata, mereka merancang untuk bekerja sementara di HSB selepas habis peperiksaan SPM namun tidak menduga itu pula yang sebaliknya terjadi.

“Niat kami bertiga untuk menghantar borang permohonan bekerja terpaksa bertukar kepada mengiringi jenazahnya ke hospital,” katanya.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa telah bergesel dengan sebuah lori tanah menyebabkannya terjatuh dan orang ramai terus mendapatkan mangsa yang terbaring di tepi jalan.

“Orang ramai terus bergegas menghampiri mangsa, dan kami langsung tidak peduli tentang lori itu yang hilang entah ke mana,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar, S Thivagaran berkata, kemalangan maut yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu terjadi apabila mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah kenderaan berat pada arah yang sama menyebabkan mangsa terjatuh dan diseret.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak polis berharap kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian itu agar tampil untuk memberi keterangan di balai polis berhampiran ataupun menghubungi terus Bahagian Trafik IPD Kota Setar pada talian 04-7321222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Thivagaran berkata, kes itu akan disiasat melalui 4 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
kesian ahli keluarganya.....
takziah.....
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Takziah buat keluarga arwah..
 

insyi©

CG Top Poster Club
Messages
28,101
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
aduhaiiii...kesian....al-fatihah
 

Procodine

Super Active Member
Messages
7,511
Paid Membership
Joined
Mar 17, 2007
Messages
7,511
Reaction score
148
Points
73
sebab jalan dari pokok sena ke aloq staq sekarang macam hampeh,
lubang sana sini, buat keje xsiap2,
lori lori semua laju2 jer, nak kejar trip,
bahaya tul
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
kalau dah lori, memang susah la nak selamat...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register