BTC USD 23,754.8 Gold USD 1,773.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga monyet di tepi jalan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUANTAN 20 Okt. - Hutan Hujan Khatulistiwa di Pahang merupakan kawasan rimba terbesar di negara ini yang menyimpan pelbagai flora dan fauna.

Pelbagai khazanah tersimpan di hutan hujan tersebut yang kebanyakannya masih belum diteroka sepenuhnya oleh penduduk negara ini.

Di hutan hujan ini jugalah tempat masyarakat minoriti Orang Asli mencari sumber rezeki sama ada untuk digunakan bagi keperluan sendiri atau dijadikan barangan komersial kepada penduduk luar.

Justeru, ramai di kalangan Orang Asli masih mahu kekal menetap di dalam hutan kerana mampu meraih pendapatan yang agak lumayan daripada jualan hasil-hasil hutan kepada orang luar.

Apa pun, di sebalik penjualan hasil-hasil hutan itu, terdapat juga kegiatan yang tidak sepatutnya dijalankan iaitu perniagaan haiwan eksotik.

Antara haiwan yang paling banyak dikomersialkan ialah monyet dan beruk yang boleh dilihat dengan jelas terutama di Jalan Muadzam-Kuantan, Rompin.

Meskipun kegiatan penjualan itu tidak dijalankan setiap hari tetapi pengguna jalan raya itu akan terserempak dengan aktiviti sedemikian ketika menggunakan laluan tersebut pada waktu tertentu.

Apa yang menghairankan, penjualan monyet dan beruk itu dilakukan secara terbuka tanpa timbul sebarang kebimbangan kepada peniaganya.

Mungkin lokasi perniagaan mereka yang terletak di kawasan pedalaman menyebabkan peniaga terbabit merasakan aktiviti tersebut sukar dikesan pihak penguat kuasa, apatah lagi ia tidak dilakukan setiap hari.

Aktiviti menjual beruk dan monyet di beberapa lokasi di Jalan Muadzam-Kuantan itu bukan sahaja dilakukan secara haram, malah ia dikhuatiri menyumbang kepada kepupusan haiwan berkenaan di Pahang jika dibiarkan berterusan.

Jika sekadar dijadikan sebagai pemanjat buah kelapa, masih tidak mengapa tetapi ada dakwaan mengatakan haiwan berkenaan dijadikan hidangan di restoran-restoran bukan Islam.

Persoalannya, adakah jaminan bahawa beruk dan monyet berkenaan tidak dianiaya atau dihidangkan sebagai makanan eksotik ekoran ia dijual secara terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang menggunakan laluan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di laluan berkenaan baru-baru ini mendapati, monyet dan beruk jantan yang dipercayai ditangkap secara haram itu dijual pada harga RM150 seekor manakala monyet dan beruk betina dijual pada harga RM60 seekor oleh pemburunya.

Golongan yang menjalankan aktiviti tersebut pula dipercayai adalah di kalangan Orang Asli dan perkara itu dikatakan telah lama berlaku tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Seorang wanita Orang Asli yang menjalankan aktiviti menjual burung di kawasan sama, Noraini Anjang, 40, berkata, kegiatan menjual beruk dan monyet itu dilakukan hampir setiap hari dan haiwan berkenaan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Menurutnya, kegiatan menjual beruk dan monyet telah lama beroperasi di bahu-bahu jalan di laluan berkenaan dan berdasarkan pemerhatiannya, ramai pengguna berhenti untuk membeli haiwan tersebut pada harga yang boleh dianggap murah.

Dia yang tidak menolak kemungkinan haiwan tersebut akan dijadikan bahan makanan oleh segelintir pembeli berkata, perniagaan menjual beruk dan monyet itu telah menjadi lumrah dan ia sumber pendapatan kepada pemburunya.

''Walaupun saya menjual burung, namun saya tahu ada antara beruk dan monyet itu dibeli untuk mengambil buah kelapa dan sebahagiannya untuk jadikan hidangan," katanya.

Sementara itu, tinjauan ke salah sebuah lokasi menjual beruk dan monyet itu mendapati, terdapat seekor haiwan berkenaan dikurung di dalam sangkar yang kecil dan dipamerkan di tepi jalan sebagai barangan jualan.

Menurut pemburu haiwan terbabit, dia menjual seekor beruk atau monyet jantan pada harga RM150 kerana haiwan tersebut mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding haiwan betina.

''Manakala, beruk atau monyet betina hanya dijual pada harga RM60 seekor kerana tidak ramai yang ingin membelinya," kata pemburu yang enggan dikenali itu.

monyet.jpg

Real monkey business nie
 
Sponsored Post

qreemall

Legendary Member
gem
Messages
19,645
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
real monkey business? definitely! :)):)):))
tp sejak bile lak monyet & beruk nih haiwan eksotik?
melambak aku tgk kt kem2 tentera dgn uni2 yg ade hutan...
:-?:-?:-?:-?:-?:-?
 

jutaONEprepaid

Legendary Member
gem
Messages
15,681
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
15,681
Reaction score
2
Points
115
biasa kat jalan tu depa duk jual burung yg kaler hijau tu..

burung serindit ek?
 

atlantis

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Justeru, ramai di kalangan Orang Asli masih mahu kekal menetap di dalam hutan kerana mampu meraih pendapatan yang agak lumayan daripada jualan hasil-hasil hutan kepada orang luar.
lumayan la sangat.. orang asli pun nak tindas gak ke?
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
gem
Messages
33,087
Paid Membership
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
nie jual tuk wat lauk ker?
 

eez99

Active Member
Messages
1,727
Joined
Sep 30, 2008
Messages
1,727
Reaction score
1
Points
25
biarla org asli tu....sumber pendapatan diorg...xpyh la nk tndas...kalo ade org beli nk wat lauk pon, tekak memasing kn???sdgkan manusie pon slamber je buang ank...mkn beruk pon diorg x heran dah....berok x pandai buang ank...so bg org yg buang ank tu makan berok..eh???salah topik ea????hahahaha
 

dR-Nazar

Active Member
Messages
2,207
Joined
Mar 1, 2008
Messages
2,207
Reaction score
5
Points
25
jual untuk siri fear factor... bab makan2..
 

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,522
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,522
Reaction score
426
Points
531
monkey magic nie........
 
Sponsored Post

Top
Log in Register