BTC USD 28,580.7 Gold USD 1,976.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO wanita mahu lelaki pakai kasut tumit tinggi.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Kira-kira 9,000 wanita dilaporkan dikasari setiap tahun dan jumlah itu semakin meningkat, kata NGO hak wanita Persatuan Bertindak Semua Wanita (AWAM).

Satu kempen “Larian dan Berjalan Reben Putih” diadakan pada tahun ini untuk menyebarkan kesedaran dan cara bagaimana berhadapan konflik keganasan.

Kempen yang bertema “Hentikan Keganasan, Pecahkan Kebuntuan”, itu juga menambah acara tambahan yang akan menyaksikan golongan lelaki akan berjalan menggunakan kasut bertumit tinggi.

Program itu dinamakan “Men in Heels: Walk mile in her shoes”.

“Acara ini memberi peluang kepada lelaki merasa bagaimana berada di tempat wanita, menekankan perjalanan hidup sebagai wanita dan terlibat dengan isu keganasan terhadap wanita dan gadis,” kata ketua kempen Reben Putih, Judith Loh-Koh dalam sidang media hari ini.

Beliau turut berkata, acara lelaki berjalan menggunakan kasut tumit tinggi bukan satu pertunjukan, sebaliknya penegasan tentang peranan lelaki dalam menghentikan keganasan terhadap wanita.

“Lelaki yang menyertai kempen tersebut boleh memakai kasut tumit tinggi atau berjalan dengan kasut itu sejauh 100 meter,” katanya.

Tambah beliau lagi, acara jalan kaki itu akan berlangsung sebelum kempen Reben Putih bermula.

http://www.malaysiakini.com/news/278239


9d00221d2f7cb34e321c749a8ea7c9bd.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register