BTC USD 58,170.4 Gold USD 2,556.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO Gesa SPRM Siasat Ahli Politik Di Dakwa Terlibat Sindiket Pemerdagangan Manusia

Sponsored Post

Edisi siasat punya pendedahan nie.

ES1.jpg
ES2.jpg


fuh...ini 3r ni... mau lokap kalau petik nama nih...berani dia
 
Kes pemerdagangan manusia libat ahli politik: Polis kesan lelaki bergelar Datuk Seri

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik itu dan suaminya.

“Kita sedang kesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat dan difahamkan terbabit pada awal 2020.

Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket itu di Myanmar menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia, kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuklah melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh.
 
Kewangan Syarikat Di Kait Kes Pemerdagangan Manusia Di Myanmar Sedang Di Teliti Polis

05.09.2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan analisa dan penelitian terhadap kedudukan kewangan membabitkan beberapa syarikat bagi siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu dibuat selepas laporan yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membabitkan beberapa individu termasuk milik bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli perniagaan. Menurutnya, pihaknya juga dalam tindakan melakukan semakan penerbangan bagi melihat pergerakan ke luar negara khususnya ke Myanmar oleh individu berkenaan sejak 2019.

“Selain itu, keterangan beberapa individu khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan di bawa balik dari Myanmar ke negara ini juga akan diambil. Tindakan ini adalah bagi melihat sekiranya ada maklumat baharu berdasarkan keterangan diambil yang boleh membantu dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak sembilan keterangan sudah diambil sejak kelmarin sehingga semalam. Katanya, berdasarkan semua keterangan itu, masih belum ada keterangan kukuh ke arah pemerdagangan manusia.

“Proses merakam percakapan itu membabitkan keterangan ahli politik dan suaminya, selain ahli perniagaan dan beberapa individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan. Kita (polis) juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pengarang yang menerbitkan laporan ‘Justice For Myanmar’ untuk dirakam percakapan secara dalam talian berkenaan isi kandungan artikel yang diterbitkan,” katanya.

Razarudin berkata, hasil percakapan yang diambil terhadap seorang blogger Youtuber dari Indonesia, individu berkenaan menyatakan maklumat yang dia dedahkan adalah daripada hasil siasatannya sendiri.

“Sebahagiannyaa adalah merujuk kepada laporan yang diterbitkan ‘Justice For Myanmar. Pasukan siasatan juga ketika ini sedang mengesan dua lagi ahli perniagaan dari China bagi siasatan lanjut,” katanya.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...gan-manusia-di-myanmar-sedang-diteliti-polis/
 
Polis Rekod Keterangan 11 Individu Termasuk Dr Mashitah, Suami

06.09.2024 - Polis selesai merakam keterangan 11 individu termasuk bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan suaminya berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, selain dua individu itu, polis turut mengambil keterangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan.

"Kita sudah merakam keterangan 11 individu termasuk bekas timbalan menteri dan suaminya, seorang ahli perniagaan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Razarudin berkata, siasatan ketika ini tertumpu kepada peranan seorang Datuk Seri yang disyaki menjadi dalang utama dalam mengenal pasti pelabur yang berpotensi melabur di Myanmar. Menurutnya, pada masa sama, polis turut menyiasat peranan yang dimainkan lelaki berkenaan untuk mengambil kesempatan menjana keuntungan daripada pelabur 'berpotensi'.

"Selain itu, kita sedang mengenal pasti hubungan antara beberapa individu dan dua ahli perniagaan rakyat China," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada SPRM untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya membabitkan satu kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Modus operandi sindiket itu adalah memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan yang menarik sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai 'scammer' judi dalam talian.

Baru-baru ini juga tular satu video di media sosial mengenai dakwaan pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia yang diterbitkan di Indonesia. Dalam pada itu, dalam kenyataan di Facebook, Mashitah menafikan beliau terbabit dalam kegiatan itu. Berikutan itu, Mashitah juga dilaporkan sudah membuat laporan polis berkaitan tuduhan berkenaan selain telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.​

1725618735798.png
 
Polis Siasat Datuk Seri Cari Pelabur

06.09.2024 - Polis sedang menyiasat peranan seorang Datuk Seri yang disyaki menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di Myanmar. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, siasatan kini tertumpu kepada peranan Datuk Seri itu dalam mengenal pasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar. Kita juga menyiasat peranan seorang lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk, selain mengenal pasti hubungan beberapa individu serta dua ahli perniagaan warga China dalam kes berkenaan, katanya.

Beliau berkata, polis juga telah mengambil keterangan dua lagi individu berhubung siasatan sindiket itu, menjadikan keseluruhan 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini. Secara keseluruhan, proses merakam percakapan itu membabitkan seorang ahli politik dan suaminya, ahli perniagaan serta beberapa individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan portal tempatan. Semalam, media tempatan melaporkan polis sedang menganalisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...myanmar-polis-siasat-datuk-seri-cari-pelabur/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register