BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO Buat Laporan Polis: Bekas Ahli Parlimen Didakwa Fitnah Anwar, Saifuddin Nasution

combat13

Active+ Member
Messages
4,056
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,056
Reaction score
146
Points
33
778781289ffc9c0c36ae88e1259aef6a67cacef20c323.jpg

f3309f79f3e56696b9f11a9e6f998acb67cacdd910bee.jpg

Kredit foto: Mohd Firdaus Md Saisi

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) telah membuat laporan polis terhadap seorang bekas ahli parlimen atas dakwaan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Setiausaha SGGMSR Mejar (B) Razali Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 3 petang tadi.

Razali mendakwa bekas ahli parlimen itu telah memfitnah Perdana Menteri dengan menuduh Anwar mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta.

"Selain itu, beliau turut memfitnah kerajaan dengan mendakwa SPRM digunakan sebagai alat untuk mengugut ahli Parlimen yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Kami berharap pihak polis segera menjalankan siasatan kerana fitnah seperti ini boleh mencetuskan persepsi negatif serta mencemarkan imej kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Razali turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar menghubungi syarikat media sosial yang terlibat untuk menurunkan kandungan berkenaan, yang menurutnya telah ditonton lebih 500,000 kali setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register