BTC USD 76,348.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nga Kor Ming Kekal Terajui DAP Perak, Menang Tanpa Bertanding

Md Hanif

Fun Poster
Messages
524
Joined
Jun 13, 2023
Messages
524
Reaction score
25
Points
20
8fc2348e3e42a12967e1b0f7efcebcaf66dd735aad8ae


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kekal menerajui DAP Perak, selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Negeri di Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-20 di sini hari ini.

Nga berkata beliau kini memegang jawatan Pengerusi DAP Perak memasuki tahun ke-11 selepas pemilihan yang diadakan sekali dalam tiga tahun.

Lebih manis buat pasukannya, beliau berkata kesemua 15 calon yang dikemukakan oleh jawatankuasa negeri, menang tanpa bertanding.

“Ini bagi kami pasukan Stronger Together adalah satu tanggungjawab, satu amanah yang amat berat sekali, kami akan pandang serius tentang keyakinan ahli-ahli kepada seluruh jawatankuasa.

“Kami akan pastikan dengan berbekalkan prinsip 3B, berkhidmat, berbakti dan berjasa, DAP akan terus membantu rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media selepas konvensyen berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook merasmikan konvensyen itu.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nga mengucapkan terima kasih kepada empat individu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong M. Thulsi, ADUN Keranji Angeline Koo Hai Yen, ADUN Jelapang Cheah Pou Hian dan ADUN Tronoh Steven Tiw Tee Siang, yang menarik diri bagi memperkukuhkan pasukan berkenaan.

“Sebenarnya ada 19 orang dicalon, kita hanya boleh memilih 15, oleh kerana itu ada empat orang saudara saudari yang dicalon telah menarik diri secara rela. Saya nak puji semangat pengorbanan ini.

“Keempat-empat orang ini dicalon, tetapi atas semangat Stronger Together mereka telah menarik diri untuk memastikan jawatankuasa negeri yang ada pada hari ini untuk mencatatkan kemenangan 100 peratus, suatu yang tidak pernah berlaku,” katanya.

Sementara itu, Nga turut mengumumkan DAP Perak memperuntukkan RM400,000 iaitu RM200,000 untuk Tabung Kebajikan DAP Perak, yang bertujuan membela kebajikan ahli veteran parti itu dan RM200,000 lagi bagi Tabung Bantuan Siswa Anak DAP Perak bagi anak ahli parti yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti awam.

Berikut senarai terkini Jawatankuasa DAP Perak:

Penasihat: Datuk Ngeh Koo Ham
Pengerusi: Nga Kor Ming
Timbalan Pengerusi: V. Sivakumar
Naib Pengerusi: A. Sivanesan
Naib Pengerusi: Dr Abdul Aziz Bari
Setiausaha: Wong Kah Woh
Penolong Setiausaha: Jenny Choy Tsi Jen
Bendahari: Howard Lee Chuan How
Penolong Bendahari: Ong Boon Piow
Setiausaha Organisasi: Teh Kok Lim
Penolong Setiausaha Organisasi 1: Steven Chaw Kam Foon
Penolong Setiausaha Organisasi 2: Goh See Hua (dilantik)
Setiausaha Publisiti: Woo Kah Leong
Penolong Setiausaha Publisiti: M. Thulsi (dilantik)
Pengarah Pendidikan Politik: Chong Zhemin

Ahli Jawatankuasa:
Cheah Pou Hian (dilantik)
Nga Hock Cheh (dilantik)
Ong Seng Guan (dilantik)
Loh Sze Yee
Wong May Ing

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register