Nga: DAP keluar dari kerajaan jika UEC tak diiktiraf

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
54,558
Reaction score
7,041
Points
1,746
Pengiktirafan UEC hanya tunggu masa

18 September 2019


Nga Kor Ming.

KAMPAR – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya menunggu masa jika UMNO dan Pas tidak menghasut dan meracuni minda masyarakat Melayu, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

“Saya menerima maklumat bahawa UMNO dan Pas telah memburuk-buruk UEC dengan mendakwa sistem UEC merupakan pengajaran berasaskan Taiwan.

“Jika kedua-dua parti ini tidak memburuk-buruk, maka ia hanya menunggu masa sahaja untuk kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf UEC,” katanya seperti dipetik China Press dalam satu majlis penyerahan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Beliau berkata, walaupun institusi pendidikan Cina menerima layanan saksama daripada kerajaan, tetapi mereka tidak harus berasa terlalu selesa, terutamanya dengan perkembangan perhimpunan UMNO-Pas.

“Jika UMNO-Pas menjadi kerajaan, maka prospek yang indah untuk pendidikan Cina tidak akan bertahan lama.

“Ia jelas kelihatan kerana Pas dalam mesyuarat agungnya telah membantah pengiktirafan UEC manakala sayap wanitanya meminta secara terbuka supaya kerajaan menutup sekolah rendah Cina,” katanya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, daripada 530,000 murid sekolah rendah Cina yang ada, 24 peratus berasal daripada keluarga bukan Cina termasuk orang Melayu, India dan orang asal.

“Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan bahasa pengantar berlainan untuk mengajar kandungan yang sama (dengan sekolah kebangsaan).

“Kami harus menghargai, memelihara dan mengembangkan sekolah pelbagai aliran,” katanya. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cik_piz

Fun Poster
Joined
Jan 24, 2011
Messages
304
Reaction score
14
Points
15
Memang jelas.... Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T) menjadi antara punca utama perpecahan kaum. Ibarat duri dalam daging..

Samada Kerajaan buta.. atau buat2 buta... sepatutnya buat satu aliran. Banyak baiknya, sambil tu wujudkan juga subjek/matapelajaran elektif seperti yg diajar di SJKC/T
 
Last edited:

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,950
Reaction score
464
Points
96
ben kata tunggu pm baharu saja
 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,865
Reaction score
474
Points
81
jangan lupa... republic pun bila bila masa shj jika cukup 2/3 setuju
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,232
Reaction score
652
Points
161
puak2 tamak ni 'bagaikan anjing dengan bayang2'..lupa asal dan usul..terpesona dengan kekayaan

jgn sampai kelak ' yg dikejar tak dapat, yg digendong berciciran'..
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,193
Reaction score
442
Points
56
Memang dicucuk hidung le kalau YB2 Melayu dalam PH sokong dan iktiraf UEC ni.
Saya berpendapat DAP bila dapat duduk dalam Parlimen lebih kepada nak melengkapkan agenda politik mereka, bukannya nak makmurkan negara.
Sibuk pasal UEC, RM semakin jatuh.
DAP peduli apa pasal RM jatuh sebab kroni mereka dah kaya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register