BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

New York bayar AS$17.5 juta kerana paksa wanita Islam tanggal hijab

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,123
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,123
Reaction score
863
Points
121

New York bayar AS$17.5 juta kerana paksa wanita Islam tanggal hijab​

April 6, 2024 @ 7:39am

Jamilla Clark (kiri) dan Arwa Aziz, yang menang bayaran penyelesaian daripada Jabatan Polis New York (NYPD), Amerika Syarikat (AS). - Foto AGENSI
Jamilla Clark (kiri) dan Arwa Aziz, yang menang bayaran penyelesaian daripada Jabatan Polis New York (NYPD), Amerika Syarikat (AS). - Foto AGENSI

NEW YORK: Bandar Raya New York bersetuju membayar AS$17.5 juta (RM82.7 juta) bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan dua wanita yang dipaksa menanggalkan hijab atau tudung sebelum polis mengambil gambar wajah mereka bagi rekod tahanan.

Penyelesaian kewangan yang difailkan semalam itu masih memerlukan kelulusan Hakim Analisa Torres dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) untuk Daerah Selatan New York.

Ini adalah perkembangan terbaru dalam tuntutan mahkamah difailkan pada 2018 oleh dua wanita Islam, Jamilla Clark dan Arwa Aziz, yang malu kerana rasa 'terdedah' dengan tindakan pegawai polis.

"Apabila mereka memaksa saya menanggalkan tudung, saya rasa seolah-olah berbogel. " Saya tidak pasti sama ada kata-kata boleh menterjemahkan sejauh mana saya rasa terdedah, dicabuli.

"Namun, saya sangat berbangga hari ini kerana berjaya memainkan peranan bagi mendapatkan keadilan untuk beribu-ribu warga New York," kata Clark dalam satu kenyataan.

Sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah itu, Jabatan Polis pada 2020 menukar dasar untuk membenarkan penganut agama bergambar memakai tudung atau penutup kepala, selagi ia tidak menutup wajah mereka.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap Jabatan Undang-undang bandar itu, Nicholas Paolucci, berkata tuntutan mahkamah itu 'menghasilkan pembaharuan positif untuk NYPD'.

"Perjanjian itu dengan teliti mengimbangi keperluan jabatan menghormati kepercayaan agama yang dipegang teguh dengan keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi pengambilan gambar wajah sebagai rekod penahanan.

"Resolusi ini adalah demi kepentingan semua pihak," katanya.
Tuntutan penyelesaian itu, yang berjumlah lebih AS$13 juta (RM61.4 juta) selepas ditolak kos pentadbiran dan yuran peguam, akan dibahagikan dalam kalangan ribuan mangsa lain yang melalui pengalaman sama dan dijangka layak memfailkan tuntutan.

Sebelum ini, Clark, yang ditahan kerana melanggar perintah perlindungan di Manhattan pada 2017, menangis dan merayu untuk memakai semula tudungnya semasa berdiri di Ibu Pejabat Polis di One Police Plaza dengan tudung terlondeh ke bahunya, menurut aduan.

Aziz, yang juga ditahan kerana melanggar perintah perlindungan, berkata dia mengalami pengalaman sama lapan bulan kemudian, apabila ditangkap di Brooklyn.

Dia menangis teresak-esak sambil berdiri tanpa bertudung membelakangi dinding, dengan dilihat kira-kira 12 pegawai NYPD lelaki dan lebih daripada 30 banduan lelaki.

Peguam, Andrew F Wilson, yang mewakili wanita itu berkata, memaksa seseorang untuk menanggalkan pakaian agama mereka bagi memenuhi tuntutan agama adalah seperti membogelkan mereka," katanya. - AGENSI

Sponsored Post

NEW YORK: Bandar Raya New York bersetuju membayar AS$17.5 juta (RM82.7 juta) bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan dua wanita yang dipaksa menanggalkan hijab atau tudung sebelum polis mengambil gambar wajah mereka bagi rekod tahanan.

Alhamdulillah sukur dpt duit

Kat negara mesia banduan islam kene bogel
Haram tak dpt apa2

9-AC0-E033-918-D-4-B96-AF78-993497-D8897-C.jpg

Takebeeer
 
US ni kerajaan yahudi. yahudi kuat agama.
malaysia pulak bukan negara islam. tah liberal ke sekular ke ape yg org lagi suka ikut
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register