BTC USD 37,026.7 Gold USD 1,796.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netizen tidak senang Suhakam cari penyelidik jantina ketiga

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,479
Reaction score
13,642
Points
2,376
pada 10 jam lepas

Dr Ahmad Sanusi

10j ·

SUHAKAM ingin iktiraf Gender Ketiga?
===========
1. Tindakan SUHAKAM yang menawarkan ruang penyelidikan dalam usaha mengiktiraf Gender Ketiga di Malaysia sangat menghairankan. Kajian tersebut seakan satu usaha untuk pengiktirafan gender ketiga iaitu golongan transgender yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

2. Mungkin akan ada yang berkata: “Ini hanyalah sebuah kajian.” Namun pernyataan Dapatan Kajian (Research Outcome and Deliverables) dalam proposal penyelidikan tersebut jelas menyebutkan mengenai usaha untuk memberikan cadangan (recommendations) kepada pihak kerajaan untuk pengiktirafan Gender Ketiga iaitu kumpulan Transgender.

3. Usaha pihak SUHAKAM untuk menjalankan kajian untuk mengiktiraf golongan transgender ini adalah bertentangan dengan syariat Islam dan norma budaya di tanah air ini. Dalam Islam, Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah ﷺ:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).

3.1 Perlakuan seorang lelaki untuk menyerupai wanita sahaja telah dilaknat Allah, apatah lagi andai sekiranya seseorang itu tidak berjantina lelaki mahupun wanita? Apakah jantina ketiga ini?

4. Dari satu aspek, penyelidikan pihak SUHAKAM untuk mengiktiraf gender ketiga ini sangat mirip dengan kerangka pemikiran barat yang melaungkan kerosakan ini melalui slogan hak asasi manusia. Bagaimana kerangka dan acuan pemikiran barat ini ingin diterapkan di Malaysia yang menjunjung Islam sebagai agama persekutuan?

5. Dalam menangani isu ini, Rasulullah melarang segala perbuatan yang menzahirkan jantina yang mengelirukan, yang tidak lelaki dan tidak seperti wanita. Malah Rasulullah melaknat mereka yeng berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
“Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.” (HR Abu Daud)

6. Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi mengiktiraf dan mewujudkan jantina baharu yang jelas bertentangan dengan syarak.

7. Kerosakan sebegini haruslah ditegur. Saya menyeru kepada pihak berautoriti agar menilai semula penyelidikan yang ingin dijalankan oleh pihak SUHAKAM ini. Mari bersama MACSA dalam membantah penyelidikan untuk mengiktiraf golongan gender ketiga ini melalui petisyen ini:
http://chng.it/gWdqThr2
http://chng.it/gWdqThr2
http://chng.it/gWdqThr2

8. Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Semoga Allah membimbing kita.

Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


1623830941786.png

Cerita mudah nya
Mencegah dari awal tu lebih baik
Jadi jangan diberi ruang untuk bermula
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,479
Reaction score
13,642
Points
2,376
Movie Deadpool pun mungkin dapat penaja dari lgbt sebab tu ada watak lesbo dalam tu.

Golongan berkepentingan ni saja nak gunakan badan hak asasi macam SUHAKAM ni untuk teruskan agenda mereka
Den rasa la
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,173
Reaction score
1,232
Points
111
Golongan berkepentingan ni saja nak gunakan badan hak asasi macam SUHAKAM ni untuk teruskan agenda mereka
Den rasa la
Kalau suhakam dlm kerajaan, terminate je le, ambik yg baru yg tidak terlibat dgn pondan ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,639
Reaction score
13,606
Points
1,906

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

3m ·

PESURUHJAYA SUHAKAM KATA TRANSGENDER IS A MEDICAL CONDITION
- Tahun 2019 : Transgender no longer recognised as 'disorder' by WHO
https://www.google.com/.../www.../news/health-48448804.amp

Saya tak fikir Justice for Sisters atau SEED setuju dengan beliau.

1f60e.png
DILAHIRKAN TRANSGENDER

Bagaimana kita nak bezakan mereka yang dikatakan dilahirkan sebagai transgender dan jika ada orang yang mengambil kesempatan declare mereka transgender (mereka boleh lakukan di mana- mana) atau "impostor", menyamar untuk mengambil kesempatan?

Kerana itu kita ada undang-undang untuk menjaga maslahah ramai.

Kajian menunjukkan faktor persekitaran masih memainkan peranan penting.

"Dilahirkan transgender" adalah satu mantra yang menakutkan ibubapa dengan tumbuhnya klinik gender disforia untuk kanak-kanak di Barat yang di indoktrinasi bahawa mereka memerlukan puberty blocker.

Please stop this mantra. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, setiap orang boleh berubah.

#######################
Pesuruhjaya Hishamudin Yunus berkata, isu transgender adalah satu “medical condition” yang tidak dapat dirawat dan akan membelenggu seseorang itu seumur hidup.

“Jantina ketiga adalah mereka yang dilahirkan lelaki atau perempuan tetapi mempunyai “jiwa” yang bertentangan dengan fitrahnya.
Malah bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, tiada undang-undang yang mengatakan menjadi seorang transgender adalah salah di sisi undang-undang.

“Tidak ada undang-undang atau enakmen negeri mengatakan jika seseorang itu dilahirkan transgender, ia menjadi kesalahan kerana ia adalah sifat semula jadi,” katanya.

 

lats840

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,758
Reaction score
678
Points
81
Sultan mana sultan....
Kang ckp Lebih2, kata derhaka plak....
Bukan sorg, lebih 7 org sultan....
Tk kan diam je....
Asyik2 nak tentera bawang yg tk bergaji je nak start....

Ke den duduk kek England...
Queen Elizabeth yg jago...
Msia... Ooo.. Msia...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,639
Reaction score
13,606
Points
1,906
Kerajaan digesa menilai semula kesesuaian topik penyelidikan yang dibawa SUHAKAM.

Umno, PAS senada tolak kajian SUHAKAM tentang perundangan jantina ketiga​





June 16, 2021 6:15 PM


Suhakam-3rd-gender-emailpic.jpg


SUHAKAM dalam hantaran di media sosial mencari penyelidik untuk mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

PETALING JAYA: Umno dan PAS senada menolak hasrat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk melaksanakan penyelidikan mengenai keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, sebagai badan yang dianggotai pemikir, SUHAKAM perlu meneliti dan mengkaji isu lebih penting yang berkait dengan situasi politik semasa antaranya hak suara Ahli Parlimen ketika Parlimen digantung.
Malah katanya, badan pemikir itu dilihat gagal menyuarakan pendiriannya berhubung krisis kemanusian di Palestin yang disifatkan lebih penting berbanding isu transgender yang cuba diketengahkan.

“Malaysia bukan tempat untuk mengkaji atau membuka ruang perkara tersebut. Tidak perlu lagi dibincangkan. Lupakan perkara itu.


“Mana suara SUHAKAM mengenai isu di Palestin? Mana pendirian mereka atau kajian mengenai isu itu? Ini sepatutnya yang perlu diutamakan SUHAKAM kerana seluruh dunia melihatnya,” katanya kepada FMT.

Justeru beliau, yang juga pendakwah bebas, meminta kerajaan menilai semula kesesuaian topik yang dibawa SUHAKAM dan mahu suruhanjaya itu tidak menormalisasikan perkara yang tidak perlu.

“Ini adalah diskriminasi idealisme, saya minta kerajaan kaji semula “relevancy” idea yang dibawa oleh SUHAKAM. Mereka perlu fikir benda yang bijaksana sesuai dengan tuntutan dan keadaan semasa dalam negara,” katanya.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi FMT mendesak SUHAKAM membatalkan tawaran kajian mengenai jantina ketiga yang jelas bertentangan dengan agama Islam.

“Topiknya adalah mengiktiraf jantina ketiga. Jika ia dilaksanakan dan terus dibahaskan sudah tentu memberi banyak mudarat kepada ummah,” katanya.

Kamaruzaman berkata, tawaran kajian bertajuk “Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia” disifatkan sebagai percubaan ke arah mengiktiraf perbuatan luar tabii golongan transgender, iaitu amalan yang bertentangan dengan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Terdahulu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta SUHAKAM menjelaskan projek penyelidikan yang dijalankannya mengenai perundangan untuk mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

Ini susulan hantaran suruhanjaya berkenaan di media sosial mencari penyelidik untuk mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang berhubung isu itu.

Menurut SUHAKAM, projek penyelidikan itu dijangka berjalan selama lima bulan bermula dari tarikh pelantikan dengan tarikh tutup permohonan pada 30 Jun.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
bile da mula start merapu.. elok bubar je suhakam tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register