BTC USD 43,099.1 Gold USD 1,750.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netizen tidak senang Suhakam cari penyelidik jantina ketiga

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,373
Reaction score
2,797
Points
201
Suhakam tu dia hanya badan yg dipertugaskan utk menjaga hak asasi manusia saja

dia takde kuasa utk meluluskan atau menghalalkan perhubungan homokseksual

dia hanya menjaga diskriminasi golongan lbgt, banduan, pekerja asing, pelarian etc kerana mereka sering tertindas

tu dia bukak jawatan ksong utk beri peluang pekerjaan pd rakyat mesia utk buat kajian saja

byk prosedur kalau nak luluskan perkahwinan homokseksual dibenarkan di mesia..kene masuk parlimen lg

hudud pun kita masih tak dpt selesaikan ๐Ÿ˜‚
Jgn ckp nak benarkan pasal lbgt

anyway semua golongan lbgt dibenarkan tinggal di malaysia, asalkan tidak menganggu sistem komuniti kita atau dgn jln paksa
Kalau depa kene kobit pun, kene dpt layanan yg saksama humanity sbg manusia mcm org lain jg

cuba tgk jemin dgn abgnon
Mereka pun dibenarkan tinggal di sini
Dan jd wakil rakyat lg
Itu lah hak yg sama, Tiada diskriminasi
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

14m ยท

Klik untuk baca keseluruhan.

Kesimpulan

Berdasarkan pengamatan di atas, kami percaya bahawa konsep transgender oleh Barat adalah sama dengan konsep mukhannas di dalam Islam. Namun begitu, tidak seharusnya untuk kita membawa idea yang boleh mengelirukan masyarakat seperti pengiktirafan gender dari segi undang-undang selain lelaki dan wanita.

Walaupun mukhannas ada disebut dalam hadis tetapi klasifikasi asal manusia kepada lelaki dan perempuan tidak berubah dan segala aktiviti manusia adalah berasaskan dua jantina berkenaan dan dalam kes khunsa dan mukhannas syarak telah menggariskan kaedah menanganinya sebagaimana dihuarikan di atas. Kami bimbang usaha rekognisi gender ketiga dengan makna ada gender selain lelaki dan wanita akan membuka lagi ruang untuk transgender hidup dengan budaya yang tidak sihat. Bahkan lebih menakutkan tidak ada sekatan lagi untuk mereka menukar jantina secara terus menjadi transeksual. Kita harus sedar bahawa gender yang sepatutnya mengikut jantina dan bukan sebaliknya.

BAYAN LINNAS SIRI KE-235: GENDER KETIGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM​

ButiranDimuatnaik oleh Aiman bin Rafie Diterbitkan: 24 Jun 2021
GENDER_KETIGA_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM.png



Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, serta orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari akhirat.

Pada 14 Jun 2021 telah timbul isu dimana Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) telah menyiarkan iklan untuk mencari penyelidik bagi kajian โ€˜The Research on Feasibility of Having Legislation on The Recognition of a Third Gender in Malaysiaโ€™. Iklan ini telah tersebar luas di media sosial dan mendapat tamparan hebat khususnya daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Isu ini juga telah menimbulkan perdebatan serta perbincangan yang meluas disamping adanya kenyataan balas bahawa Islam hanya mengakui kewujudan gender lelaki dan perempuan sahaja, maka tiada istilah gender yang ketiga. Beberapa pihak kemudian telah membuat kenyataan bahawa kelompok transgender harus diiktiraf dan hukum Islam seharusnya tidak statik serta perlu mengikuti perkembangan dan zaman melalui dapatan-dapatan baru dalam ilmu sains dan perubatan.[1]

Kami percaya bahawa kajian mengenai third gender perlu diberi perhatian yang sewajarnya dari perspektif agama Islam. Apakah benar wujud third gender di dalam Islam selain lelaki dan perempuan? Adakah Islam mengiktiraf hak mereka untuk hidup aman dan damai sepertimana manusia lain yang biasa? Berikut kami utarakan perbincangan dalam isu ini.



Gender Ketiga Menurut Perspektif Barat

Gender menurut kamus Dictionary.com bermaksud kelas sosial yang dikenal pasti melalui perangai, psikologi, dan konstruk sosial yang dibina serta berbeza daripada sekadar label jantina โ€˜lelakiโ€™ dan โ€˜perempuanโ€™.[2] World Health Organization (WHO) pula membezakan antara gender dan seksualiti (jantina), dimana gender merupakan karakter yang dibina melalu konstruk sosial seperti didikan keluarga, pengalaman dalam masyarakat dan norma yang diterima dalam sesebuah kelompok. Konstruk sosial juga boleh berubah dari semasa ke semasa.[3] Contohnya, menjadi norma masyarakat dimana seorang anak perempuan akan diajar untuk bermain patung, manakala seorang anak lelaki akan diajar untuk hidup secara lasak. Maka aktiviti bermain patung itu akan membina konstruk sosial yang gendernya feminin, manakala perbuatan hidup secara lasak membina konstruk sosial yang gendernya maskulin. Jantina pula sebaliknya berbeza dengan gender. Jantina ditentukan melalui karakter biologi seperti alat reproduksi atau kelamin, kromosom dan hormon.[4]

Dalam satu sumber yang lain, dikatakan bahawa gender terbentuk dari pola hubungan dan interaksi yang berkembang dari semasa ke semasa untuk menentukan tahap maskuliniti dan feminin, yang mana diperoleh daripada aturan hubungan sosial dengan masyarakat. Pola ini tertanam dalam setiap aspek masyarakat seperti cara pemakaian, cara pergerakan dan kecenderungan.[5] Bahkan gender juga dipercayai sebagai spectrum dan bukannya seperti jantina yang binari 2 pilihan semata-mata. Spectrum menurut Collins English Dictionary bermaksud ruang luas diantara 2 titik mula dan akhir yang mempunyai pelbagai entiti, berbeza dengan binari yang terdiri daripada 2 entiti sahaja. Contoh daripada spectrum adalah ideologi yang wujud dalam politik; terdapat pelbagai ideologi politik seperti konservatif, liberal, sosialis, fascisme, monarki, anarki dan lain-lain. Gerakan LGBTQ juga menggunakan hujah spectrum ini untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa gender terdiri daripada banyak entiti dan bukanlah hanya binari lelaki dan perempuan sahaja.[6]

Pengkelasan antara gender dan seksualiti (jantina) membawa kita kepada 2 konotasi golongan trans seperti berikut:

1) Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai alat kelamin lelaki tetapi berpewatakan seperti perempuan dan vice versa, ini dikenali sebagai transgender.

2) Golongan kedua pula mengambil langkah yang lebih drastik iaitu menukar jantina secara terus dengan kaedah pembedahan, dan ini dikenali sebagai transeksual.



Gender Ketiga Menurut Perspektif Islam

Setiap manusia yang lahir ke atas dunia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri. Fitrah adalah sesuatu yang bersifat suci kerana ianya merupakan aturan oleh Allah SWT dan bersifat semulajadi. Sesuatu yang bersifat semulajadi tidak boleh dianggap tidak rasional, tidak berhati perut dan lain-lain. Sebagai contoh, jika seekor haiwan memakan haiwan yang lain maka ianya adalah fitrah dan aturan semulajadi, tetapi jika manusia yang berbunuhan sesama sendiri maka ianya bukan fitrah. Begitu juga fitrah manusia lahir sama ada sebagai lelaki ataupun perempuan, yang mana merupakan aturan semulajadi. Allah SWT berfirman:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุฅูู†ูŽู‘ุง ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุงูƒูู… ู…ูู‘ู† ุฐูŽูƒูŽุฑู ูˆูŽุฃูู†ุซูŽู‰ูฐ ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุงูƒูู…ู’ ุดูุนููˆุจู‹ุง ูˆูŽู‚ูŽุจูŽุงุฆูู„ูŽ ู„ูุชูŽุนูŽุงุฑูŽูููˆุง

Maksudnya : โ€œWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)โ€ฆโ€[7]

Namun begitu adanya manusia yang dilahirkan secara semulajadi mempunyai 2 alat kelamin lelaki dan wanita, yang mana dikenali di dalam Islam sebagai khunsa (ุฎู†ุซู‰). Khunsa pula terbahagi kepada khunsa musykil dan ghayru musykil, seperti yang pernah kami bincangkan pada artikel Irsyad al-Fatwa siri ke 407: โ€˜Hukum Mukhannas Masuk Tandas Perempuanโ€™[8].

Khunsa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah individu yang mempunyai dua alat kelamin. Dalam perbahasan ahli fekah, Khunsa dibahagikan kepada dua jenis :


  • Khunsa Musykil. Seseorang yang tidak mempunyai tanda-tanda lelaki atau wanita yang jelas. Perkara ini menyebabkan tidak dapat dipastikan jantina sebenarnya. Khunsa Musykil juga mempunyai dua alat kelamin namun tidak dapat juga dipastikan sama ada lelaki atau perempuan sepertimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi[9]. Justeru ia disebut musykil kerana tidak dapat dipastikan secara jelas jantinanya. Fuqaha memberikan beberapa solusi bagi mengenalpasti jantina mereka. Antaranya melihat cara mereka membuang air kecil. Jika kebiasaannya ia keluar dari kemaluan lelaki, maka mereka dinilai sebagai lelaki. Jika ia keluar dari kemaluan wanita, mereka dinilai sebagai seorang wanita. Selain itu, jantina sebenar mereka juga dinilai berdasarkan perkara lain khususnya ketika mereka baligh seperti keluar air mani atau darah haid. Jika keluar air mani, maka mereka dinilai sebagai seorang lelaki. Jika yang keluar adalah darah haid, mereka dinilai sebagai seorang wanita. Dengan syarat ianya keluar atau berlaku secara berulang-ulang bagi memastikan dengan betul keadaan dan jantina mereka[10]. Tanda-tanda lain juga perlu diperhatikan setelah mereka baligh dan meningkat dewasa. Zaman sekarang yang semakin canggih dengan peralatan moden mampu mengesan jantina seseorang khunsa dengan lebih efektif. Seperti pemeriksaan dalaman untuk memastikan kewujudan rahim atau tidak dan pemeriksaan hormon di dalam badan sebagai penentuan jantina sebenar. Ini juga adalah cara untuk mengenalpasti jantina mereka.
  • Khunsa Ghayr Musykil. Seseorang yang jelas pada dirinya tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan. Dia dapat diketahui secara jelas sama ada dia merupakan seorang lelaki ataupun perempuan.
Namun begitu, Imam al-Nawawi menegaskan bahawa khunsa bukan jantina yang ketiga. Mereka ini tergolong sama ada lelaki atau wanita. Beliau menyebut :
ููŽู…ูŽุฐู’ู‡ูŽุจูู†ูŽุง ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ุฅู…ูŽู‘ุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ูˆูŽุฅูู…ูŽู‘ุง ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉูŒ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู‚ูุณู’ู…ู‹ุง ุซูŽุงู„ูุซู‹ุง
โ€œMazhab kami menentukan bahwa khunsa itu sama ada lelaki atau perempuan. Dia bukan jantina ketiga.โ€[11]

Disana juga adanya kelompok mukhannas, yang mana dikenalpasti di dalam hadith dan sejarah Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Sheikh Khalil Ahmad al-Sahranfuri menjelaskan mukhannas bermaksud seorang lelaki yang menyerupai wanita dalam tingkah laku, percakapan dan sifat. Kadang-kadang perbuatan tersebut dibuat-buat dan perkara inilah yang dilarang oleh Islam[12].

Dalam sebuah riwayat hadis, Ummu Salamah menceritakan :
โ€ŒุฃูŽู†ูŽู‘ โ€Œุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ โ€ŒุตูŽู„ูŽู‘ู‰ โ€Œุงู„ู„ู‡ู โ€ŒุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู โ€ŒูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ โ€ŒูƒูŽุงู†ูŽ โ€Œุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง โ€ŒูˆูŽูููŠ โ€Œุงู„ุจูŽูŠู’ุชู โ€Œู…ูุฎูŽู†ูŽู‘ุซูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู…ูุฎูŽู†ูŽู‘ุซู ู„ูุฃูŽุฎููŠ ุฃูู…ูู‘ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุฃูู…ูŽูŠูŽู‘ุฉูŽ: ุฅูู†ู’ ููŽุชูŽุญูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ุทูŽู‘ุงุฆูููŽ ุบูŽุฏู‹ุง ุฃูŽุฏูู„ูู‘ูƒูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูู†ู’ุชู ุบูŽูŠู’ู„ูŽุงู† ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุชูู‚ู’ุจูู„ู ุจูุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู ูˆูŽุชูุฏู’ุจูุฑู ุจูุซูŽู…ูŽุงู†ูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: ู„ูŽุง ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ูŽู†ูŽู‘ ู‡ูŽุฐูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู†ูŽู‘
Maksudnya : Pernah satu hari Nabi SAW berada di samping Ummu Salamah dan dalam masa yang sama terdapat seorang mukhannas di dalam rumah. Mukhannas itu berkata kepada saudara lelaki Ummu Salamah, Abdullah Bin Abu Umayah : Jika Allah memberikan kemenangan kepada kamu untuk menguasai Taif esok, saya akan tunjukkan kepada kamu seorang anak perempuan Ghaylan. Dia menghadap dengan empat lipat dan berpaling dengan lapan lipat (kerana gemuk). Nabi SAW bersabda : Jangan benarkan orang ini masuk bertemu kalianโ€.[13]

Ibn Battal menjelaskan bahawa Nabi SAW melarang orang lelaki yang mempunyai kecenderungan untuk bertingkah laku seperti wanita (mukhannas) agar tidak masuk ke dalam rumah Baginda kerana ditakuti mereka akan menceritakan perihal wanita yang mereka lihat kepada lelaki yang lain[14]. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi SAW menganggap mereka sebagai orang lelaki dan perlu bersikap sebagai lelaki serta mereka tertakluk dengan hukum-hakam sebagai seorang lelaki.

Islam juga melarang seorang lelaki untuk menyerupai (tasyabbuh) seorang perempuan dan juga perempuan menyerupai lelaki. Perkataan tasyabbuh digunakan bagi menggambarkan perbuatan menyerupai sama ada ada dari sudut agama, perangai, atau tingkah laku. Pada asasnya, Islam melarang segala jenis penyerupaan antara lelaki dan perempuan. Ibn โ€˜Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
ู„ูŽุนูŽู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ โ€Œุงู„ู…ูุฎูŽู†ูŽู‘ุซููŠู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ู ูˆูŽุงู„ู…ูุชูŽุฑูŽุฌูู‘ู„ูŽุงุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุกู
Maksudnya : โ€œ Nabi SAW melaknat mukhannas (yang menyerupai perempuan) dari kalangan lelaki dan mutarajjil (yang menyerupai lelaki) dari kalangan perempuan.โ€[15]

Sheikh Badruddin al-โ€˜Aini menjelaskan hadis di atas dengan huraian yang cukup baik. Beliau menyatakan bahawa Allah melarang para lelaki untuk menyerupai wanita dari sudut pakaian dan perhiasan yang dikhususkan untuk mereka, begitu juga sebaliknya. Bahkan larangan ini juga terpakai pada penyerupaan dari sudut tingkah laku seperti seorang lelaki yang melakukan perubahan pada tubuh atau menukar jantina agar menyerupai wanita dan sengaja bertingkah laku seperti wanita. Jika memang bersifat begitu sejak lahir pula, maka ianya perlu diubah secara berperingkat.[16]

Perkaitan Gender antara Barat dan Islam

Gender dan jantina adalah berbeza mengikut perspektif Barat. Gender berpaksikan konstruk sosial dan perwatakan; dimana pengalaman dan masyarakat yang membentuk seorang anak itu. Boleh jadi seseorang itu anak lelaki, tetapi disebabkan adik beradiknya yang lain ialah perempuan maka kecenderungan untuk dia berpewatakan lemah lembut seperti perempuan adalah tinggi. Gender yang difahami oleh Barat ini boleh dikaitkan dengan kelompok mukhannas iaitu lelaki yang berperwatakan seperti wanita dan mutarajjilah bagi golongan wanita yang berperwatakan seperti lelaki. Jantina pula sebaliknya berpaksikan fitrah biologi; alat kelamin lelaki (zakar), atau alat kelamin perempuan (faraj). Walaupun khunsa dan mukhannas adalah antitesis kepada 2 jantina ini, tetapi khunsa adalah takdir Alllah SWT yang semulajadi bahkan sesetengah khunsa akan memilih satu alat kelamin kelak berdasarkan kecenderungan dan sifat ketika membesar, manakala mukhannas pula sememangnya mempunyai jantina yang khusus dan mempunyai satu alat kelamin.

Sesetengah pihak termasuk gerakan LGBTQ mahu mengharmonikan keadaan dengan membawa naratif masyarakat perlu menerima gender yang pelbagai, mengatasi naratif jantina (lelaki dan perempuan). Bahkan ada yang berkata jantina yang pada asalnya fitrah perlu mengikut telunjuk gender yang bukan fitrah (konstruk sosial). Contohnya jika seseorang lelaki berperwatakan feminin, maka masyarakat harus menerima beliau sebagai seorang โ€˜perempuanโ€™ kerana sifat dan karakter dalamannya serta tidak salah jika mahu mengubah alat biologi jantina daripada lelaki kepada perempuan untuk menyesuaikan diri dengan identiti gender tersebut.

Islam sebaliknya mengajar keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, jantina dan kumpulan. Islam juga mengajar kepada kita bahawa gender (konstruk sosial dan perwatakan) yang sebenarnya perlu mengikuti telunjuk jantina. Kerana jantina adalah fitrah, manakala gender hanya pembentukan sosial dan karakter sahaja. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang mengarahkan agar seorang mukhannas diasingkan daripada masuk ke tempat perempuan, kerana fitrah asalnya adalah lelaki. Hadis ini menunjukkan bahawa adanya nas yang melarang lelaki berperwatakan feminin daripada bergaul dengan golongan perempuan, serta menunjukkan rasionaliti bahawa karakter dan sifat dalaman seseorang perlu mengikuti fitrah jantina yang asal. Maka pemahaman yang mengatakan identiti gender atau sifat dalaman membolehkan seseorang itu hidup berbeza dengan jantina asalnya adalah salah dan dilarang dalam Islam.



Kesimpulan

Berdasarkan pengamatan di atas, kami percaya bahawa konsep transgender oleh Barat adalah sama dengan konsep mukhannas di dalam Islam. Namun begitu, tidak seharusnya untuk kita membawa idea yang boleh mengelirukan masyarakat seperti pengiktirafan gender dari segi undang-undang selain lelaki dan wanita. Walaupun mukhannas ada disebut dalam hadis tetapi klasifikasi asal manusia kepada lelaki dan perempuan tidak berubah dan segala aktiviti manusia adalah berasaskan dua jantina berkenaan dan dalam kes khunsa dan mukhannas syarak telah menggariskan kaedah menanganinya sebagaimana dihuarikan di atas. Kami bimbang usaha rekognisi gender ketiga dengan makna ada gender selain lelaki dan wanita akan membuka lagi ruang untuk transgender hidup dengan budaya yang tidak sihat. Bahkan lebih menakutkan tidak ada sekatan lagi untuk mereka menukar jantina secara terus menjadi transeksual. Kita harus sedar bahawa gender yang sepatutnya mengikut jantina dan bukan sebaliknya.

Masyarakat juga secara amnya perlu mengamati ajaran Islam yang menganjurkan untuk berbuat baik sesama manusia tanpa mengira jantina, kumpulan, bangsa dan agama. Kita juga dilarang untuk berbuat jahat dan melakukan diskriminasi terhadap orang lain, kerana setiap manusia mempunyai hak dan kebebasan untuk hidup. Kita juga disarankan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik daripada kita dari segi penghormatan sebagai manusia, layanan yang baik, serta mempermudahkan urusan mereka dari segi akses kepada pendidikan, kesihatan, serta bantuan kewangan yang diperlukan. Segala-galanya telah digariskan oleh syarak melalui batas-batas tanggungjawab dan hak yang telah ditentukan dalam agama. Apa-apa kajian dan penyelidikan semasa untuk golongan khunsa dan mukhannas adalah semestinya dalam kerangka ini. Dengan cara ini, kita akan membina masyarakat yang lebih aman dan harmoni. Wallahuaโ€™lam.



Nota Hujung


[1] Surat Menjawab Kecaman Pas Terhadap Penyelidikan Gender Ketiga oleh Suhakam, Malaysiakini, https://www.malaysiakini.com/letters/579406, diakses pada 20 Jun 2021

[2] English Dictionary.com, https://www.dictionary.com/browse/gender

[3] World Health Organization, Gender and Health, https://www.who.int/health-topics/gender#tab=tab_1, diakses pada 19 Jun 2021.

[4] Ibid

[5] Eckert, Penelope and McConnel Ginet, Sally, โ€˜Language and Genderโ€™, Cambridge and New York: Cambridge University Press, hlmn 20.

[6] LGBT Foundation, Gender Spectrum and Non-Binary, https://lgbt.foundation/smirnoff/gender-spectrum,

diakses pada 20 Jun 2021.

[7] Surah al-Hujurat : 13

[8] https://muftiwp.gov.my/artikel/irsy...ke-407-hukum-mukhannas-masuk-tandas-perempuan

[9] Abu Zakariya al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, al-Majmuโ€™ Syarh al-Muhazzab (t.t), Dar al-Fikr, Beirut, j.2 h.46. Beliau menyebut : ุงู„ุฎู†ุซู‰ ุถุฑุจุงู†...

[10] Abu Zakariya al-Nawawi, Yahya Bin Syaraf, Raudhah al-Talibin wa โ€˜Umdah al-Muftin (1991), al-Maktab al-Islami, Beirut, j.1 h.78 ; al-Suyuti, Abdurrahman Bin Abu Bakar, al-Asybah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furuโ€™ Fiqh al-Syafiโ€™iyah (1983), Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, h. 241.

[11] Ibid.

[12] Al-Sahranfuri, Khalil Bin Ahmad, Bazl al-Majhud fi Sunan Abi Daud (2006), Markaz Sheikh Abu Hasan Ali al-Nadwi li al-Buhuth wa al-Dirasat al-Islamiyah, India, j.12 h.135.

[13] Ibid. j.7 h.37 no 5235.

[14] Ibid. j.7 h.361.

[15] Abu Abdullah al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail, Sahih al-Bukhari (2001), Dar Tuq al-Najah, Beirut, j. 7 h.159 no 5886.

[16] Badruddin al-โ€˜Aini, Mahmud Bin Ahmad, โ€˜Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari (t.t), Dar Ihyaโ€™ Turath al-โ€˜Arabiy, Beirut, j.22 h.41. Beliau menyebut : ูˆูŽูŠุฏู„ ุนู„ู‰ ุฐูŽู„ููƒ ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ูŽู‘ุนู’ู† ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซ ุงู„ู’ุจูŽุงุจ ูˆุชุดุจู‡ ุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ ุจูุงู„ู†ุณูŽุงุก ูููŠ ุงู„ู„ุจูŽุงุณ ูˆุงู„ุฒูŠู†ุฉ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ุชุฎู’ุชูŽุต ุจูุงู„ู†ุณูŽุงุก ู…ุซู„ ู„ุจุณ ุงู„ู…ู‚ุงู†ุน ูˆุงู„ู‚ู„ุงุฆุฏ ูˆุงู„ู…ุฎุงู†ู‚ ูˆุงู„ุฃุณูˆุฑุฉ ูˆุงู„ุฎู„ุงุฎู„ ูˆุงู„ู‚ุฑุท ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆ ุฐูŽู„ููƒ ู…ูู…ูŽู‘ุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ ู„ุจุณู‡ุŒ ูˆุชุดุจู‡ ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุก ุจูุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ู ู…ุซู„ ู„ุจุณ ุงู„ู†ูู‘ุนูŽุงู„ ุงู„ุฑู‚ูŽุงู‚ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุดู’ูŠ ุจู‡ูŽุง ูููŠ ู…ุญุงูู„ ุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ ูˆูŽู„ุจุณ ุงู„ุฃุฑุฏูŠุฉ ูˆุงู„ุทูŠุงู„ุณุฉ ูˆุงู„ุนู…ุงุฆู… ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆ ุฐูŽู„ููƒ ู…ูู…ูŽู‘ุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽู‡ูู†ูŽู‘ ุงุณู’ุชูุนู’ู…ูŽุงู„ู‡ุŒ ูˆูŽูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ูŽุง ูŠุญู„ ู„ู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ ุจูู‡ู† ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽูู’ุนูŽุงู„ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ู‡ููŠูŽ ู…ูŽุฎู’ุตููˆุตูŽุฉ ุจูู‡ู† ูƒุงู„ุงู†ุฎู†ุงุซ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฌู’ุณูŽุงู… ูˆุงู„ุชุฃู†ูŠุซ ูููŠ ุงู„ู’ูƒูŽู„ูŽุงู… ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุดู’ูŠุŒ ูˆูŽุฃู…ุง ู…ู† ูƒูŽุงู†ูŽ ุฐูŽู„ููƒ ูููŠ ุฃุตู„ ุฎู„ู‚ุชู‡ ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ูŠูุคู…ุฑ ุจุชูƒู„ู ุชูŽุฑูƒู‡ ูˆุงู„ุฅุฏู…ุงู† ุนู„ู‰ ุฐูŽู„ููƒ ุจุงู„ุชุฏุฑูŠุฌุŒ

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906

Lukman Sheriff

ยท 2j ยท
https://www.facebook.com/#
Bagaimana Suhakam sudah jauh menyimpang.

Malam ini saya ada talk berkenaan Suhakam dan akan menyentuh perkara ini.

Suhakam memang jelas ditubuhkan untuk mempromosi dan menyiasat pelanggaran hak asasi manusia (HAM). Ini diperuntukan di bawah seksyen 4 Akta Suhakam.

Apakah maksud HAM dalam Aktanya? Adakah Suhakam mesti pertegakkan ideologi hak asasi manusia liberal barat?

Sebenarnya ada definisi HAM dalam akta Suhakam. Cuba lihat lampiran di bawah. HAM di bawah Akta hanya merujuk kepada โ€œkebebasan asasi sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaanโ€. Maknanya ia berpegang kepada asas nilai kompromi perlembagaan kita. Bukan buta2 ikut liberal barat.

Misalnya, equality atau kesamarataan. Seringkali kita dipaksa mengikut ideologi bahawa semua perkara mestilah samarata mengikut acuan liberal barat. Kita tidak boleh diskriminasi dalam apa jua.

Tetapi di bawah Artikel 5 perlembagaan kita, tiada diskriminasi dibolehkan kecualilah diperuntukkan di dalam perlembagaan. Apakah pengecualian itu? Sebagai contoh adalah Artikel 5(5). Di bawah Artikel 5(5), diskriminasi dibenarkan dalam membantu orang asli ataupun menghadkan rejimen askar melayu diraja kepada orang melayu sahaja. Ini dibenarkan. Jadi ini dibenarkan. Ada lagi beberapa peruntukan yang lain. Antaranya di bawah Jadual 9, kerajaan boleh menggubal undang2 untuk orang Islam sahaja. Bermakna kesalahan sesuatu perbuatan boleh disabitkan ke atas orang Islam dan tidak kepada bukan Islam yang melakukan perbuatan yang sama. Contohnya makan di khalayak ramai ketika ramadhan atau khalwat.

Maka jelas HAM di bawah Akta Suhakam tidak sama dengan ideologi equality liberal barat. Ini bagaimanapun tidak bermakna kita menolak sepenuhnnya HAM barat. Seksyen 4(4) jelas menyatakan bahawa perhatian mesti diberikan kepada peruntukan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR). Tetapi ini pun bersyarat. Seksyen tersebut jelas menyatakan UDHR adalah terpakai selagi mana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Jadi Akta Suhakam memang jelas. Cuma sekarang apakah pegangan Suhakam terhadap HAM. Kalau ikut website nya definisi HAM adalah berikut:

โ€œHuman rights is the fundamental rights of each person, regardless of heritage, race, skin color, religion, political views, believes or where we live.โ€

Tengok tu. Websitenya sendiri tiada rujukan langsung kepada perlembagaan seoertimana termaktub di dalam definisi Aktanya. Kalau kita klik kepada penerangan lanjut jelas HAM pada Suhakam merujuk kepada konsep barat seratus peratus dan tiada qualification (pengecualian). Mereka seolah2 mengambil pendekatan konsep kebebasan asasi di bawah perlembagaan aktanya sama langsung dengan konsep liberal barat. Macam mana jadi begini pun saya tidak tahu. Walhal ramai aje yang berlatarbelajangkan undang2.

Sebab itu Suhakam mahu meratifikasi ICERD yang jelas bercanggah dengan perlembagaan. Mereka seolah2 tidak boleh faham kenapa, kalau mahu Ratifikasi ICERD, mestilah meminda perlembagaan terlebih dahulu dan memerlukan persetujuan lain. Sebab itulah ada clash/ pertembungan dalam masyarakat dengan perarakan paling besar dalam negara.

Maka tidak lagi menjadi kesangsian apa yang Suhakam buat jelas sudah melampaui kuasa yang diperuntukkan. Ianya ultra vires.
Suhakam dengan itu perlu revamp pendekatannya. Ia mesti terdiri dari yang memahami nilai perlembagaan. Yang memahami perimbangan antara HAM luar negara dan perlembagaan. Yang mendokong perlembagaan dan HAM. Bukan HAM sahaja.

Walaupun demikian, saya tidak bersetuju Suhakam perlu dibubarkan. Ia mempunyai peranan dan โ€œhas done some good workโ€. Yang baik saya iktiraf dan perlu diteruskan. Tetapi Suhakam kena faham bahawa mereka sentiasa tertakluk kepada undang2 kita. Kita ada rule of law yg semua patut patuh. Mereka kena faham kita ada acuan undang2 sendiri yang perlu dihormati bagi mewujudkan satu masyarakat yang berharmoni. Singapura sangat jelas perkara ini sebagaimana yang ditulis saya sebelum ini. Kenapa kita tak boleh hormati perlembagaan kita.

1624584559854.png

1624584567974.png

1624584577271.png

1624584585782.png

1624584595632.png

1624584604266.png

1624584612836.png

1624584621541.png

1624584632110.png

1624584639894.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906

Tiada gender ketiga, kekal pendirian tolak LGBT​


1624704474831.png


DATUK Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. FOTO arkib NSTP

Putrajaya: Malaysia tidak akan berganjak daripada pendirian tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berprinsip, hujah perlu dibalas dengan hujah dan negara tidak membenarkan gender ketiga dan ia perlu ditolak sebagaimana pendirian Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan terbabit bersekali kumpulan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

"Hujah yang tuntas perlu dikemukakan untuk tidak membenarkan gender ketiga di negara ini kerana ia bertentangan dengan syariat Islam dan kerajaan tidak menyokong sebarang kempen LGBT di negara ini," katanya ketika menyampaikan amanat dalam Persidangan Secara Maya bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disiarkan di Facebook, semalam.

Pada Khamis, Mesyuarat Khas Task Force Menangani LGBT memutuskan akan mengambil tindakan secara bersepadu dengan segera bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi LGBT khususnya di media sosial.

Selain itu, mesyuarat turut mengemukakan cadangan tindakan lain termasuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu serta mencadangkan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri.

Ia bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan menghina Islam selain kesalahan jenayah syariah lain.

Turut diperincikan penghasilan prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT.



Disiarkan pada: Jun 26, 2021 @ 12:29pm

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Oram putis pom bukan semua sokong
Ada lagi yang masih normal pemikirannya
Masih percaya hanya ada 2 je gender atas muka bumi ni
Lelaki & Wanita
Kt us pun bkn semua negeri yg sokong lgbt nie, ada negeri yg masih xbenarkan kawin sejenis
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906

Lukman Sheriff

ยท 9j ยท
https://www.facebook.com/#
Cuba lihat perbezaan lapuran HAM Malaysia dan Singapura untuk UN human rights commission (UNHRC). Lampiran pertama adalah lapuran malaysia dan keduanya Singapura. Berbeza sungguh.

Mari saya terangkan perbezaan dan konteks lapuran. Setiap beberapa tahun, kerajaan setiap negara dikehendaki menjawab isu2 pencabulan hak asasi yg dibangkitkan oleh negara2 lain dan NGO2 tempatan dan antarabangsa.

Negara diberi hak mempertahankan diri dan dengan itu lapuran negara dikeluarkan. Jadi lapuran yg dilampirkan di bawah adalah lapuran yg dibentangkan di UNHRC untuk menjawab pelbagai soalan pencabulan HAM.

Cuba tengok pendekatan HAM kita dengan Singapura. Metodologi kita menerima naratif dan satu persatu menjawab kenapa kita patuh atau tidak patuh tuduhan pencabulan hak asasi.

Singapura terus terang mengatakan HAM tidak wujud dalam โ€œvacuumโ€ dan mesti ambil kira budaya dan sejarah mereka. HAM pada mereka mestilah mengimbangi hak inidividu dan masyarakat. Mereka menghormati HAM di dalam Universal declaration of human rights (UDHR) dan juga kebebasan asasi di dalam perlembagaan mereka.

Jelas Singapura tidak apologetik dan bangga dengan pendirian mereka. Lapuran mereka ikut acuan apa yang mereka rasakan betul. Kita pula mengambil pendekatan HAM mengikut acuan luar.

Cara kita mempertahankan keadaan kita sebenarnya tidaklah salah dan seperti negara lain. Kita iktiraf pendekatan HAM umum dan satu persatu menjawab kenapa kita patuh atau tidak patuh. Sebab itu tiada penegasan overriding principle seperti Singapura. Di sini saya perlu beri kredit kepada kerajaan yang masih mempertahankan beberapa nilai masyarakat kita. Cuma pendekatan ini lebih defensif dari Singapura dan tidak merujuk kepada had perlembagaan.

Kalau kita perincikan lagi Singapura pula tiada segan silu dengan naratif mereka. Mereka siap ada topik kenapa pentingnya memelihara keharmonian masyarakat/ โ€œpreserve social harmonyโ€ Pentingnya ada โ€œsafe and secure Singaporeโ€. Pentingnya akta2 menyekat kebebasan untuk โ€œreligious harmonyโ€. Pentingnya menyekat kebebasan dari โ€œfake newsโ€ atau โ€œdisinformationโ€. Dan terus pertahankan undang2 โ€œeligibilityโ€ mereka.

Kita tahu Singapura masih ada ISA, sedition Act dan undang2 dadah yang amat tegas di dunia. Dan mereka mempertahankannya demi โ€œpreserving social harmonyโ€.

Bezakan dengan pendirian kita. Untuk sedition act, kita kata kita sedang mengkaji kembali sedition act. Untuk dangerous drug act kita sudah pinda. Untuk kebebasan bersuara, kita kata kita sedang mengkaji semula printing presses act. Kita react, defensive dan melayannya.
Saya bukan nak kita ikut 100% Singapura. Kalau boleh kita ketepikan dan anggap tidak penting lapuran UNHRC. Tetapi masalah pokok adalah kita terikut2 agenda sana bulat2. Media kita mengarusperdanakan naratif ini dan rakyat terikut2. NGO yang dibiayai US menjadi arus perdana. NGO tempatan tidak disiarkan naratif mereka. Jadi rakyat sentiasa keliru. Ini pula pengaruhi politik kita. Kita ambil contoh lah sedition act. Kita sudah ditekan bertahun2 untuk dipinda dan sekarang sedang mengkajisemula Akta ini tetapi Singapura tanpa segan silu pertegakkannya atas dasar memelihara keamanan.

Jadi apabila Kita ambil pendekatan ini, makin lama makin banyak lah under review. Satu persatu akan berubah. Sebenarnya saya tidak menolak sepenuhnya. Ada banyak kebaikannya juga. Cuma bila kita buat begini kita buat atas kepentingan diri dan bukan sebab tekanan luar dan ngo dalaman yg minoriti. Kita juga mesti tahu persempadanan. Kena jelas budaya dan nilai yang kita pertahankan. Kalau tidak nescaya semua akan runtuh. Seperti ada satu komentar, kalau camtu baik kita lantik commissioner Suhakam dari Norway ke Sweden untuk HAM. Kita tak pula camtu. Jadi kita letak orang kita supaya kita dapat pertahankan budaya dan nilai kita. Ini sepatutnya membezakan kita.

1624704704216.png

1624704713338.png

1624704732356.png

1624704740908.png

1624704721724.png

1624704753081.png

1624704764314.png

1624704772841.png

1624704781408.png

1624704789341.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906

MACSA bersiaran langsung sekarang.​

1j ยท

SOLIDARITI UMMAH BANTAH SUHAKAM: ISU KAJIAN MENGIKTIRAF THIRD GENDER
Susulan tindakan Suhakam menjalankan satu kajian mengiktiraf 'third gender', Gerakan Pembela Ummah-UMMAH mengambil sikap tegas membantah dan menganjurkan solidariti bersama tokoh-tokoh tanah air.
Bantahan ini bertujuan meningkatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bersama mempertahankan keharmonian, perlembagaan, dan agama tanah air.
Ayuh berikan sokongan. Hadir kan diri anda. Like komen dan share. Gunakan hastag: #bantahsuhakam #tolakLGBT #hapuskanliberal
Masa: 8.30 Malam
Tarikh: 26 Jun 2021 (Sabtu)
Tempat: Siaran langsung di FB Page dan YouTube rasmi Gerakan Pembela Ummah-UMMAH
________
PEMIDATO :
1.YB Datuk Hj. Marzuk bin Shaary (Timbalan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama)
2. Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ketua Pemuda Pas, Ahli Dewa Negara)
3.Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (Geng Ustaz)
4. Prof. Datuk Mahamad Naser Disa (UniSZA)
5.Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor (PUM)
6. Prof Madya Dr Rafidah Hanim (MACSA)
7. Mohd Zai Mustafa (UMMAH)
8. Ustaz Dr. Md Noor Hussin (Irsyad Care)
9. Bro. Shah Kirit (Global UNITY Network)
10. Muna 'Adila Che Rime ('ADALAH)
11.Dayang Puteri Nazirah binti Izhar (SIGMA)
12. Ustaz Roslan Md Esa (Cakna Rakyat Malaysia)
13. Arif Hakimi (GAMIS)
_______
Jumpa pada hari dan tarikh seperti yang dijanjikan.
#BANTAH
#bantahSuhakam
#TolakLGBT
#hapuskanliberal
#SelamatkanMalaysia
#MenangBersama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
Kt us pun bkn semua negeri yg sokong lgbt nie, ada negeri yg masih xbenarkan kawin sejenis

Menda fitrah manusia bang
Memang tak akan suka atau benarkan perkahwinan sejenis
Melainkan memang sakit mental
Melawan fitrah alam
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Menda fitrah manusia bang
Memang tak akan suka atau benarkan perkahwinan sejenis
Melainkan memang sakit mental
Melawan fitrah alam
Sana tu sebab kebebasan mengamalkan cr hidup xkisah tergolek la lompat ka.....tp klau negeri kuat kristian memang xbenarkan la mcm Islam gk.....satu lg hukuman gantung smp mati ada negeri kt us masih kekalkan hukuman tu klau xsalah aku la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register