hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,307
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,307
- Reaction score
- 1,343
- Points
- 201
Syifa harap individu hina, samakan anak dengan haiwan kena tindakan
Kuala Lumpur: Pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan membuat laporan polis malam ini bagi memburu individu menghina serta menyamakan wajah anaknya, Saif Sulaiman dengan haiwan.
Syifa, 30, berkata, dia sudah memberikan tempoh 24 jam kepada individu itu untuk tampil bersemuka, namun, tidak menerima sebarang maklum balas.
"Saya memang akan ambil tindakan dan buat laporan polis malam ini. Saya akan ambil tindakan yang mengikut undang-undang sebab dia menghina dan 'face shaming'.
"Saya takkan bagi muka. Saya beri dia masa 24 jam sejak semalam untuk bersua muka. Tapi, tak ada respon. Jadi, saya akan buat laporan polis dan juga kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menjejaki individu ini," katanya kepada Harian Metro.
Tambah isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid itu lagi, dia juga akan meminta pendapat peguam untuk tindakan selanjutnya kerana ingin menjadikan ini sebagai pengajaran.
"Saya akan minta pendapat peguam juga. Kalau bagus untuk saman, saya akan saman. Ini akan jadi pengajaran untuk semua. Ramai menyalahgunakan akaun media sosial, kemudian minta maaf dan terlepas.
"Tapi, kali ini memang saya akan buat betul-betul sebab ia menyentuh keluarga dan anak. Ini memang sudah sampai hadnya. Memang layaklah sebab dia minta, jadi dia dapat," katanya.
Terdahulu, Syifa memuat naik hantaran di Instagram Story semalam, meminta bantuan penggodam di Malaysia untuk mencari individu yang menggunakan nama Nur Lily Ilyani itu.
"Wahai 'hackers' (penggodam) Malaysia, tolong Syifa cari budak ini. Tak puas hati pakai akaun palsu! Aku dapat kau, muka kau aku seret dekat jalan," tulisnya.
Kredit
