Netizen jadi ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ kecam anak pakai baju Santa Claus... Fasha Sandha

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Netizen jadi ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ kecam anak pakai baju Santa Claus... Fasha Sandha minta netizen tengok sendiri punya silap
553.jpg

Anak Fasha iaitu Aisha dikecam netizen gara-gara memakai baju Santa Claus.
Isnin, 28 Disember 2020 6:00 PM
PERKONGSIAN video memperlihatkan anak perempuan Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira memakai kostum Santa Claus yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres itu pada Ahad mengundang kecaman netizen kerana ia dilihat tidak menjadi contoh yang baik bagi seseorang beragama Islam.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bagaimanapun tampil menjelaskan kostum tersebut bukan bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas seperti yang didakwa segelintir netizen.



"Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz dan ustazah netizen masuk. Dah tak ada kerja gamaknya, ramainya ustaz dan ustazah jadian ini.

987957.JPG

Fasha muat naik paparan skrin komen negatif netizen.

"Apakah masalahnya anak saya pakai kostum itu, hanya untuk suka-suka, kata mereka... saya nak menyambut Krismas. Habis itu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Haram ke?

"Hello, tolonglah jangan buat Islam jadi rumit sangat. Takkan la pakai baju Santa Claus pun salah? Janganlah bagi orang takut dengan Islam. Bare in mind wahai saudaraku sekalian," kata Fasha menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu juga memuat naik paparan skrin beberapa komen daripada netizen yang mengatakan sebagai seorang beragama Islam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan tersebut.

Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun.
FASHA SANDHA
PELAKON
Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini turut menegaskan pemakaian tidak melambangkan seseorang itu mempunyai hati yang baik atau tidak.

"Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun. Bukan bererti pakai jubah itu baik. Jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak? Depan mata saya... ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya, belajar tinggi ke universiti tapi pengotor, pemalas dan selalu melawan cakap orang tua.

"Ada yang luarannya nampak sosial, belajar SPM saja tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain. Jadi, kenapa nak nilai dari luaran," ujarnya.

987956.jpg

Fasha bersama suami dan anak-anaknya.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini memohon agar netizen berhenti mengecam dan mengikuti akaun laman sosial selebriti yang tidak disukai.

"Cukup-cukuplah nak cari kesalahan orang lain. Pokok pangkalnya hati. Dah tak ada kerja, anakku Aisha Amaira yang baru empat bulan pun nak kecam sebab pakai kostum ini.

"Get a life please. Tak habis-habis nak kecam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecam, orang sweet buat video YouTube pun korang kecam? Cakap bab agama... tak suka, unfollow sudah. Tak habis nak kecam artis.

"Eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain. Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna," katanya
 
Sponsored Post

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,354
Reaction score
536
Points
121
suka hati korg la..anak ko..pandai2 ko la didik. nk jd islam atau majusi
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
1609215489767.png

1609215505326.png

1609215521304.png

1609215534422.png

1609215548267.png

1609215562408.png

1609215578385.png

1609215593284.png

1609215617008.png

dr shasha abd aziz

topik yg sentiasa di recycle setiap penutup tahun hahah
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Pakai jubah pun sebenarnya pakaian jahiliah juga kerana abu jahal abd muttalib etc pun pakai jubah
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201

[email protected]

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,529
Reaction score
121
Points
83
sok kalau dah lumpuh....cakap kat semua org..."mind ur own business"
 

[email protected]

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,529
Reaction score
121
Points
83
memang betul dah berlaku pada masyarakat sekarang......


Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.

Kami mulakan kalam ini dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W:

Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”

Riwayat Muslim (2669)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith tersebut, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. [Lihat: Syarh Muslim ‘ala al-Nawawi; 2/219]

sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-k...ukum-orang-islam-menganjurkan-christmas-party
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Tgk mat saleh ni
Dia hina santa claus mereka sendiri
Rasanya skrang da takde kaitan agama lg kot
Hanya adat tradisi saja
Mcm halloween gak tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register