BTC USD 23,462.7 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netflix Preview Club Akan Di Buka Untuk Puluhan Ribu Orang Pada 2023

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Netflix Preview Club Akan Dibuka Untuk Puluhan Ribu Orang Tahun 2023 – Tonton Filem Awal Sebelum Dilancarkan;

Netflix Preview Club adalah program Netflix yang membenarkan sekitar dua ribu pelanggan bertuah menonton filem lebih awal sebelum tarikh pelancaran. Ia dikatakan bermula sekitar tahun lepas untuk filem Don’t Look Up dan apabila maklum balas diterima mengenai filem ini yang terlampau serius, pencipta filem mula mengintegrasikan lebih elemen komedi. Terkini menurut laporan The Wall Street Journal, Netflix mungkin akan membuka Netflix Preview Club untuk puluhan ribu pelanggan di seluruh dunia dan tidak terhad di Amerika Syarikat sahaja.

Dengan program ini dibuka secara lebih meluas, penonton terpilih boleh menonton dan memberi maklum balas untuk sebarang perubahan atau penambahbaikan kepada filem sebelum disiarkan secara umum. Ia adalah satu tradisi Hollywood sejak dulu lagi, di mana filem terpilih akan ditayangkan awal hanya untuk melihat maklum balas dan minat orang ramai.

Tradisi klasik ini, kini ditawarkan ke dunia moden melalui platform penstriman video. Walaupun Netflix memberi kebebasan kepada pencipta filem, mereka turut masih memberi maklum balas dan mengharapkan pencipta masih boleh lakukan perubahan dan bebas memilih untuk ubah mana yang patut tanpa karya mereka lari daripada asal.
1670212466043.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register