akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,149
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,149
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
Netflix naik harga langganan di Malaysia
Pelanggan Netflix perlu membayar lebih untuk pelan Asas, Standard, Premium dan Mudah Alih berkuat kuasa serta-merta.
FMT Reporters14 Nov 2024, 12:29 PM
Netflix
Pelanggan Netflix yang berkongsi pelan Standard atau Premium mereka dengan orang tidak tinggal serumah perlu membayar RM13 sebulan bagi setiap individu itu.
PETALING JAYA:
Platform perkhidmatan penstriman Netflix mengumumkan kenaikan harga langganan untuk pelanggan di Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.
Portal berita teknologi SoyaCincau melaporkan kenaikan harga itu meliputi pelan Asas, Standard, Premium dan Mudah Alih Netflix.
Pelan Asas kini berharga RM29.90 sebulan berbanding RM28 sebelum ini.
Pelanggan pelan Standard yang dahulunya RM45 sebulan kini perlu membayar RM49.90, manakala harga pelan Premium dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90.
Pelan Mudah Alih yang sebelum ini berharga RM17 sebulan, kini naik kepada RM18.90.
Pelanggan yang berkongsi pelan Standard atau Premium mereka dengan orang tidak tinggal serumah juga perlu membayar RM13 sebulan untuk setiap individu itu.
Yuran tambahan ini akan dikenakan kepada pemegang akaun utama.
Kenaikan harga juga dijangka menjejaskan harga pakej tambahan Netflix bawah pelbagai penyedia telekomunikasi dan TV berbayar.
SoyaCincau melaporkan Astro mengesahkan harganya akan dinaikkan, walaupun pelanggan sedia ada dengan Netflix sebagai sebahagian pakej mereka tidak akan mengalami kenaikan sehingga 1 Mac depan.