Netanyahu pening perangai isteri

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghadapi dilema selepas isterinya dituduh campur tangan dalam pelantikan pegawai kerajaan dan hal- ehwal negara itu oleh media rasmi, semalam.

Kritikan terhadap Sara Netanyahu (atas), 51, isteri ketiga pemimpin itu yang juga bekas pramugari dan kini ahli psikologi semakin meningkat hingga memaksa Netanyahu, 60, merayu kepada wartawan, minggu lalu dengan berkata:

“Jangan kacau isteri saya. Kritik saya, bukan keluarga saya.”

Tetapi, Ben Caspit, pengulas politik akhbar Maariv, menyifatkan Netanyahu ‘tidak layak’ menjadi Perdana Menteri kerana campur tangan isterinya dalam hal itu memberi masalah kepadanya.

“Masalah berpunca daripada Sara akan hanya dikatakan gosip tetapi realitinya dia mempunyai pengaruh besar dalam hal- ehwal rasmi. Dia terbabit dalam semua pelantikan di Pejabat Perdana Menteri atau kerajaan.”

Malah, laporan menyatakan, mesyuarat Netanyahu semakin kerap diganggu kerana panggilan telefon isterinya sejak seorang bekas amah menyaman Sara atas tuduhan ‘mengugutnya.’

Selain itu, akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth, pula berkata: “Tidakkah tiba masanya untuk bertanya sejauh mana kesan perangai Sara terhadap orang yang menentukan nasib kita?” - Agensi
 
Sponsored Post

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,705
Reaction score
295
Points
141
cam pernah ku lihat senario ini... tapi dimana ya? :-?

:D
 

eizza115

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
2,688
Reaction score
0
Points
20
xnk jawab,nt kena SAMAN.....:">:">:">
 
Sponsored Post
Top
Log in Register