BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nestle Jepun perkenal KitKat 'sushi'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
02sushi.transformed.jpg


Nestle KitKats berbentuk sushi Jepun untuk sambutan Hari Valentine gambar di kedai Ginza di Tokyo

TOKYO: Nestle memperkenalkan kepingan biskut coklat KitKat berbentuk sushi di ibu kota ini hari ini

Set tiga kepingan biskut itu berbentuk sushi tuna, landak laut dan telur dadar, namun sebenarnya mempunyai perisa rasberi, keju mascarpone dan puding labu menyaluti biskut beras

Pengurus pemasaran KitKat Nestle Jepun, Ryoki Maki berkata, idea menyeronokkan itu adalah mencetuskan kelainan variasi terhadap kepingan biskut coklat tradisi sebelum sambutan Hari Valentine

"Saya berharap pelanggan menikmati wajah baharu KitKat 'sushi'," kata Maki kepada Reuters Television

KitKat sushi itu bukan untuk dijual, namun pelanggan yang membelanjakan lebih 3,000 yen (RM115.02) di kedai baharu KitKat Nestle di daerah beli belah Ginza di sini akan menerima satu pek hadiah bermula esok

"Ia adalah musim sambutan Valentine, justeru saya berharap coklat sushi ini boleh menjadi hadiah tambahan untuk menjadikannya lebih mengejutkan dan menyeronokkan," kata Maki

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/243218
 
Apa la rasanya ni..kitkat teh hijau macam tak laku je kat malaysia
 
Bentuk sahaja kot macam sushi tetapi rasa cokelat.

Masih ok banding ais krim nasi lemak.
 
Back
Top
Log in Register