BTC USD 37,027.8 Gold USD 1,796.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Neraka itu dahsyat kenapa dijadikan watak, Agamawan kesal babak dalam ‘Puasa 18’

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,505
Reaction score
2,573
Points
201

Neraka itu dahsyat kenapa dijadikan watak filem? Agamawan kesal babak dalam ‘Puasa 18 di Kampong Pisang’ ditayangkan undang fitnah besar​

Jumaat, 23 April 2021 8:30 AM
BERIMAN kepada hari kiamat merupakan salah satu daripada rukun iman. Justeru, wajib ke atas kita untuk beriman atau mempercayai mengenainya.

Akan tetapi, Allah menyembunyikan saat atau waktu akan berlakunya Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam firmanNya di dalam Surah Taha ayat 15: Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang dia usahakan.

Baru-baru ini terdapat sebuah filem berjudul Puasa 18 di Kampong Pisang yang menyediakan skrip dengan aksi lakonan menggambarkan di dalam neraka. Tujuannya adalah untuk memberitahu bagaimana mereka diseksa kerana melanggar perintah Allah.

Akan tetapi, timbul satu persoalan mengenai hukum mewujudkan adegan tersebut.

Para alim ulama menegaskan bahawa tidak seharusnya seseorang melakonkan perihal syurga dan neraka. Ini kerana keadaan di dalamnya tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh kita.

Firman Allah di dalam Surah As-Sajadah ayat 17: Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.

1123886.jpg

Antara babak dalam Puasa 18 di Kampong Pisang.


Ia seakan-akan menjadi sesuatu yang normal serta seolah-olah tiada apa yang menjadi kesalahan sedangkan ia adalah sesuatu yang tidak patut dijadikan babak dalam sebuah filem.

Apa yang lebih menyedihkan adalah terdapatnya unsur lawak yang dizahirkan melalui gelak ketawa di dalam neraka dan syaitan pula seakan-akan menjadi pemandu pelancong di dalam neraka sedangkan di dalam neraka hanya seksaan yang akan mereka terima.

Firman Allah di dalam Surah Al-Furqan ayat 65 dan 66: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.”

Larangan melakonkan adegan syurga dan neraka adalah kerana:

1. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tahu keadaan sebenar di dalam syurga atau neraka melainkan Baginda Rasulullah. Oleh yang demikian bagaimana seseorang boleh melakonkan apa yang mereka tidak ketahui.

2. Akan membuka ruang kepada orang yang suka mempersendakan agama dengan mengatakan kalau sebeginilah neraka yang dilakonkan maka tidak menjadi masalah untuk mereka masuk ke dalamnya.

3. Akan hilanglah rasa kegerunan di dalam hati seseorang apabila melihat neraka yang dilakonkan tidak sama seperti yang digambarkan oleh Allah dan Baginda Rasulullah.

Jika kita lihat apa yang berlaku dalam filem tersebut maka apa yang boleh disimpulkan ialah pintu fitnah lebih besar daripada pintu kebaikan yang ingin disampaikan.

Ingatlah pesan Baginda Rasulullah kepada kita, sabda Baginda Rasulullah: Demi Dia yang nyawa Muhammad ada pada tangan-Nya, jika kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan kurang ketawa, dan banyak menangis. Para sahabat bertanya: Apakah yang kau lihat itu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Aku melihat syurga dan neraka. - [HR Muslim 426].

Hadis ini menggambarkan kepada kita betapa dahsyatnya neraka yang Allah sediakan kepada mereka yang mengingkari perintah Allah di atas muka bumi sehinggakan para malaikat yang menyiksa manusia dan jin tidak pernah melanggar perintah Allah dan tidak pernah pula senyum. Firman Allah di dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Pesan ustaz kepada mereka yang ingin melakukan sesuatu khususnya kepada pembuat filem, rujuklah para ilmuan dalam bidangnya. Supaya apa yang kita lakukan tidak melangkaui batasan yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi dalam perkara agama yang perlu dititik beratkan melalui hukum hakam agar tidak terjerumus ke dalam lembah dosa.

Jangan jadikan syurga neraka sebagai bahan lawak jenaka. Ini kerana kedahsyatan hari kiamat tidak dapat digambarkan dek akal fikiran. Kita diminta berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram danFacebook
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,960
Reaction score
1,341
Points
201
zaman jahil ni agama utk hiburan... iklan judi... tarawikh kt pusat boling... blablabla...
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,505
Reaction score
2,573
Points
201
Neraka diorg main2 dlm tiktok pun da byk skrang
Den suruh haramkan tiktok tak mau dgr 😂
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,960
Reaction score
4,085
Points
236
kalau filem English terhibur, filem Melayu komplen .. patut industri perfileman tanahair kerap lumpuh pastu mintak sedekah, ..ekekekekek

P/S: best tau Puasa 18 - Kampung Pisang, saya rekomen semua tengok dan sokong industri filem negara, walaupun komedi .. lihat maksud tersirat, lupakan cendakiawan atau cendawan, banyak tumbuh untuk komen buruk sana sini ..

:)
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,887
Reaction score
759
Points
171
mmg tak bagus pun tp ade pengajaran...
Bkn mcm cium kaki...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register