BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek kecewa sikap imam

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
BEDONG – Seorang nenek kecewa apabila seorang imam bertindak keterlaluan menjual empat kambingnya yang berkeliaran sekitar masjid dengan harga RM400.

Difahamkan, semua kambing itu dikatakan berkeliaran dan mengganggu perjalanan masjid dekat sini.

Gayah Hashim, 74, berkata, tindakan imam terbabit keterlaluan kerana mengambil kambing berkenaan tanpa pengetahuan dan keizinannya sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Dia yang memelihara kambing sejak 20 tahun lalu, berkata, imam terbabit juga bertindak melemparkan duit kepadanya dalam keadaan marah.

“Saya tak sangka imam itu bertindak sedemikian kerana kambing itu tidak mengganggu kelancaran aktiviti di masjid,” katanya.

Gayah berkata, dia tidak mengetahui bila, di mana dan kepada siapa kambing itu dijual, namun RM400 yang diberikan imam terbabit sebagai ganti kepada semua kambingnya.

“Jumlah itu tidak masuk akal. Sekurang-kurangnya harga dua ibu kambing, seekor masih dara dan seekor kambing jantan boleh mencecah sehingga RM1,000.

“Menurut imam itu lagi, sekiranya tidak berpuas hati, saya boleh selesaikannya dengan membuat laporan ke balai polis berhampiran,” katanya.

Gayah membuat laporan di Balai Polis Merbok pada 17 November lalu, namun dinasihati supaya selesaikan perkara itu secara individu.

Gayah berkata, imam itubertindak membawa semula empat kambingnya dan mengambil semula RM400 serta meminta maaf, sekali gus mengakui kesilapannya pada keesokan harinya.

“Namun, saya tetap kecewa dengan sikapnya yang bertindak sedemikian dan laporan kedua yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, kelmarin, bertujuan memastikan perkara sama tidak berulang dan berlaku kepada generasi akan datang,” katanya.

image.jpg

sumber
 
kambing tak reti nk jaga.. nk salahkan imam plk.. klu sekali 2 mungkinler maap.. tapi klu dh byk kali jual ajer... hehehe
 
lol..

dh biar kambing bkeliaran....

kalo org xcdent tlanggar ker aper.
 
imam takder hak nk jual kambing org lain...
 
400 4 ekor
imam baka sharizat jalil kot :))
 
Patut trick je, masukkan kat kandang pastu anta daging, kalau dah nyesal pulangkan le balik
 
pastu nya pnjm duit gomen ckp nk beli lmbu pastu beli kondo yg hrga 7 juta stgh
kan snang mcm tu
 
imam pun kadang2 tersilap.....yang pasti makcik dah silap awal2...

pernah ada kes kat satu kampung....kambing jantan 'panjat' budak kecil...nasib baik x 'sempat'
 
Last edited:
bagi aku 2 2 pihak salah ... tuan kambing biarkan kambing berkeliaran sampai ke area masjid.... samada kambing tu pi makan pokok2 hiasan masjid atau berak merata2 kat situ yang menimbulkan kemarahan tok imam masjid tu ... tok imam pun tak boleh la pi jual cam tu je walhal dia tau sapa tuan kambing tu ... walaupun niat nya mungkin nak mengajar tuan kambing tu ..
 
Back
Top
Log in Register