Nenek glamor ingin cuba nasib lagi

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup.

maimun yusof independent candidate terengganu story 270208 sincere"Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini.

"Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).

Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:

"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok.

"Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja."

Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

maimun yusuf campaign postersSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.

Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.

Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.

"Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah.

"Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok,” katanya.

Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini. :)paid:)paid
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
baekla simpan duit tu nek mon oi...
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
Nenek ni pun dah umur 89 dah ni...warga terengganu takmola asik2 nak pilihanraya jek.hehehehe
 

habibyana

Fun Poster
Joined
Apr 6, 2007
Messages
463
Reaction score
0
Points
10
cayalah tok.... teruskan usahamu :) sayer sokong ^_^
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,241
Reaction score
24
Points
65
Org2 Ganu kite tlg la nasihat ke tok ni. Apa pekdah la tok ni nak bertanding p/raya. Dia ingat jadi pemimpin ni cam main pondok2 kot.
 

ezrienaz

Fun Poster
Joined
May 29, 2006
Messages
777
Reaction score
7
Points
15
Kalau kami pilih tok,tok mampu ka berhujah nanti di parlimen tok oi? Kami tgk tok kesana kemari pon dah penat,mcm mana nak mai ke parlimen tok oi?
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
adeh.... rumah kata pergi, kubur kata mari..... :p:p:p



nak gak bertanding :(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register