Nenek dirawat di stor almari penyapu hospital

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

GAMBAR menunjukkan McKeown ditempatkan di dalam bilik stor Hospital Norwich dan Norfolk di Britain.

NORWICH – Seorang nenek, Doris McKeown berumur 80 tahun menceritakan pengalamannya ditempatkan di dalam sebuah stor kecil di Hospital Norwich dan Norfolk selama dua hari sebelum dia menjalani pembedahan pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mendakwa diletakkan di dalam bilik yang digelarnya sebagai almari penyapu tanpa tingkap sebelum dia menjalani pembedahan pada tulang belakang.

“Saya lega tiba di hospital itu tetapi pada tengah malam, saya dipindahkan ke sebuah bilik stor di wad utama kerana pihak hospital mendakwa tidak mempunyai katil yang mencukupi. “Doktor kelihatan tidak terkejut seolah-olah ia kerap berlaku,” katanya.

Keluarga McKeown mendakwa, keadaan itu berlaku kerana pihak Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tidak mempunyai cukup dana bagi menanggung skim inisiatif kewangan swasta apabila hospital lama kerajaan dibina semula.

Hospital Norwich dan Norfolk yang baru dibuka pada 2001 lalu dengan kos £229 juta (RM1.23 bilion) terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak £40 juta (RM215 juta) menerusi inisiatif NHS yang mula dilaksanakan pada 1999 dengan kontrak selama tiga dekad.

Jurucakap hospital itu, Andrew Stronach berkata, hospital baru kali ini mempunyai 1,010 katil, lebih 952 berbanding dua buah hospital lama tetapi mengakui bahawa sebanyak 27 wad mempunyai banyak stor sedemikian yang terpaksa menjadi bilik wad sementara. – Agensi
 
Sponsored Post

PELIKAN

Super Active Member
Joined
Dec 21, 2009
Messages
7,026
Reaction score
40
Points
70
rasanya elok lagi dari 3rd class di malaysia ni kot..entah laa
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
dah xde katil.nak wat camne..
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
ok ler tu..sekurang2nya dia sorang jer kat bilik tu..macam 1st class la jugak tu...
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,553
Reaction score
478
Points
131
Emm... Kat uk memang cam tulah. Kalau pergi gov punya hospital nampaknya kena tunggu berbulan2 lah nak cek sesautu. Contoh kalau kita sakit gigi dan nak cabut gigi tu, Dr suruh kita kembali semula dalam masa 6 bulan!
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
Emm... Kat uk memang cam tulah. Kalau pergi gov punya hospital nampaknya kena tunggu berbulan2 lah nak cek sesautu. Contoh kalau kita sakit gigi dan nak cabut gigi tu, Dr suruh kita kembali semula dalam masa 6 bulan!
uishhh....kalu kano kek aden mau parang doktok kinik gg tu~X(~X(
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
oklah tu makcik.....dapat gak dok dalam hospital....yng kat palestin lagilah.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register