BTC USD 28,281.9 Gold USD 1,941.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Nenek 77 tahun pemegang tali pinggang hitam taekwondo

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1
Nenek-taekwondo.png


Soh kini pemegang tali pinggang hitam taekwondo di usia 77 tahun. - Mothership.sg



SINGAPURA – Seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.

Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada 2108 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.

Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.

“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.

“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya
 
Top
Log in Register