Nelayan maut dipanah petir

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SETIU - Seorang nelayan maut dipanah petir ketika memukat ikan bersendirian di tengah laut berhampiran Pulau Lang Tengah, Penarik di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Abd Wahab Sulong, 59, dari Kampung Baru, Penarik meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di badan, lengan dan badan akibat dipanah petir.

Kejadian itu disedari kira-kira 20 nelayan lain yang turut memukat ikan di sekitar kawasan berkenaan ketika kejadian malang itu berlaku.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai ketika hujan lebat yang disusuli dengan dentuman petir.

Menurutnya, sebelum kejadian, rakan mangsa, Saiful Bahari Abd Aziz, 33, yang berada kira-kira 500 meter dari mangsa terlihat kelibat Abd Wahab sedang berdiri menarik pukat.

“Ketika itu hujan lebat berserta bunyi petir kuat dan sebaik keadaan reda, kelibat mangsa tidak kelihatan lagi menyebabkan Saiful Bahari pergi menghampiri perahu mangsa untuk memeriksa apa yang berlaku,” katanya.

Ab Rahman berkata, sebaik menghampiri perahu itu, mangsa sudah terbaring dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan terbakar, manakala serpihan kayu memenuhi badan mangsa.

Katanya, mangsa dipercayai dipanah petir yang menyambar bingkai sauknya yang diperbuat dari besi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nelayan-maut-dipanah-petir-1.149309
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
takziah..

klo petir sambar air laut, ikan2 septotnye banyak mati..tapi ada terjadi ke benda ni
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
takziah
demi sesuap nasi
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
innalillah...

semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh

MATI itu PASTI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register