BTC USD 61,434.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Lega Muara Sungai Baru Dipulihara

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Nelayan lega muara Sungai Baru dipulihara

Hassan Omar- September 17, 2021 @ 10:46am
[email protected]

kuala_1631846801.jpg


Nelayan Kuala Sungai baru gembira projek memulihara muara Sungai Baru dimulakan untuk mengatasi masalah laluan ke pangkalan yang cetek akibat mendapan kelodak. FOTO NSTP/HASSAN OMAR


MASJID TANAH: Nelayan di Kuala Sungai Baru, di sini bersyukur apabila kerja memulihara muara Sungai Baru yang mengalami mendapan kelodak serius sejak 10 tahun lalu, dimulakan minggu lalu.

Ketua Jaringan Perikanan Kuala Sungai Baru, Jasman Nor, 57, berkata, nelayan berterima kasih kepada kerajaan negeri selepas kerja awal membina laluan mengangkat bongkah batu dan bahan binaan lain, dimulakan.

"Seramai 200 nelayan terpaksa mengejar waktu setiap kali ingin keluar ke laut dan naik ke pangkalan ketika melalui muara itu kerana ia amat cetek.

"Setiap kali ingin turun ke laut, mereka harus memastikan air sudah hampir pasang dan begitu juga ketika ingin naik ke pangkalan, mereka harus tiba di muara sebelum air surut ," katanya, hari ini.

Jasman berkata, setiap kali nelayan yang menggunakan bot besar pulang daripada menangkap ikan tetapi terlepas waktu air pasang di muara, mereka terpaksa menggunakan Jeti Nelayan Kampung Telok Gong, kira-kira lima kilometer dari muara.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat (PNKMB), Mazelan Bakar pula berkata, persatuan itu menyambut baik komitmen kerajaan mengatasi masalah dihadapi nelayan sejak 10 tahun lalu.

"Alhamdulillah, kami sangat gembira menyaksikan lori sudah mula mengangkat bahan binaan ke lokasi pembinaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abdul Hakim Hamzah berkata, kerajaan menyediakan RM10.4 juta bagi memulihara muara sungai berkenaan.

"Ia bagi membolehkan kerja mendalamkan muara dijalankan, selain kerja membina tembok dinding sepanjang 200 meter di kedua-dua tebing muara," katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan dijangka siap pertengahan tahun depan, sekali gus memudahkan nelayan keluar masuk ke pangkalan masing-masing.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register