BTC USD 28,041.3 Gold USD 1,998.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan disaran pakai jaket turun ke laut.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Kuala Terengganu: Berikutan pelbagai ribut kencang termasuk taufan Hudhud, Vongfong dan beberapa lagi taufan lain yang berlaku di beberapa negara, nelayan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan setiap kali turun ke laut.

Malah, nelayan tempatan juga dinasihatkan sentiasa peka dan mengikuti perkembangan cuaca di negeri ini sebelum turun ke laut sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim berkata, tengkujuh dijangka berlaku awal November hingga Januari tahun depan, justeru dalam tempoh itu nelayan dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada menjalankan sebarang aktiviti laut.

"Biarpun tengkujuh dijangka berlaku pada November, namun nelayan perlu peka dengan keadaan cuaca semasa, jangan turun ke laut sekiranya keadaan angin kencang dan laut bergelora.

"Paling penting setiap nelayan diwajibkan membawa dan memakai jaket keselamatan sepanjang menjalankan aktiviti menangkap ikan," katanya, semalam.

Beliau berkata, nelayan juga perlu memberitahu ahli keluarga terlebih dulu sebelum ke laut untuk memudahkan ahli keluarga membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka tidak pulang ke rumah pada masa sepatutnya.

"Maklum kepada ahli keluarga serta rakan nelayan di mana lokasi menangkap ikan dan tempoh masa untuk pulang bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Jadual air pasang dan surut selain keadaan cuaca serta angin perlu disemak terlebih dulu bagi memastikan nelayan tidak ke laut pada waktu yang tidak sesuai dan berisiko," katanya.

Sehingga kini, keadaan cuaca masih baik biarpun sesekali berlaku hujan pada waktu petang dan malam, bagaimanapun nelayan tidak boleh berasa selesa ke laut kerana cuaca boleh berubah sekelip mata.

http://www.hmetro.com.my/node/1720
 
Top
Log in Register