BTC USD 27,157.7 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Dikhuatiri Hilang Di Laut

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,685
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,685
Reaction score
28,268
Points
2,836
Awards
2

Nelayan dikhuatiri hilang di laut​

22 Mac 2023 12:48pm

2135432.jpg


Mangsa disedari hilang sekitar jam 11 malam, Selasa ketika bot dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Dungun.


KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman mengaktifkan Operasi Carilamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di laut sekitar 3 batu nautika dari Pulau Tenggol, Dungun.

Mangsa, Ismail Awang, 72, disedari hilang oleh awak-awak yang lain sekitar jam 9.30 malam, Selasa ketika bot dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Dungun.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar pukul 3.00 pagi Rabu sebelum mengaktifkan SAR setengah jam kemudian.

"Tekong telah berusaha mencari sejurus mangsa disedari hilang namun keadaan cuaca gelap dan laut yang bergelora telah menyukarkan pencarian mangsa.

"Selepas SAR diaktifkan, kita telah mengaturgerak Bot Perkasa 49 ke tempat kejadian bagi membuat pencarian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Rashidilhadi, Unit udara APMM Subang dijangka turut membantu operasi mencari mangsa melalui udara menggunakan helikopter AS 365N3 pada petang nanti melibatkan radius sekitar 343 batu persegi.

"Selain itu, kita juga mendapatkan dua aset bantuan dari perikanan bagi membantu SAR," katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,685
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,685
Reaction score
28,268
Points
2,836
Awards
2

Operasi cari, menyelamat nelayan hilang di laut diteruskan​

23 Mac 2023 01:30pm

2136753.jpg


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot diteruskan pada Khamis.


KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Dungun pada malam Selasa lalu diteruskan pada Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, sektor pencarian mangsa ditingkatkan melibatkan kawasan seluas 60 batu nautika dan masih bertumpu sekitar perairan Pulau Tenggol dan Kuala Dungun.

"Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) hari ini (Khamis) disertai tiga aset dari Maritim Malaysia, pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia serta dibantu oleh bot-bot nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Dungun.

"Operasi pada hari kedua ini melibatkan 83 orang terdiri daripada pegawai dan anggota penyelamat serta orang awam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurut Rashidilhadi, keadaan cuaca dan laut yang baik diharap dapat membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Dalam pada itu, katanya Maritim Malaysia menyeru orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan.

Ujar beliau, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999.

Rabu lalu, Maritim Malaysia Zon Maritim Kemaman mengaktifkan SAR melibatkan seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di laut sekitar 3 batu nautika dari Pulau Tenggol, Dungun.

Mangsa, Ismail Awang, 72, disedari hilang oleh awak-awak yang lain sekitar jam 11 malam Selasa lalu ketika bot dinaiki dalam perjalanan pulang ke Kuala Dungun.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register