BTC USD 40,030.3 Gold USD 1,815.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nekad Rentas Daerah Tanpa Kebenaran, Remaja Di Denda RM5,000

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,188
Reaction score
4,096
Points
236
12.05.2021 - Butterworth, Akibat nekad merentas daerah tanpa kebenaran, seorang gadis didenda RM5,000 ketika cuba menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor, berkata remaja berusia 19 tahun itu didenda kerana gagal mengemukakan surat kebenaran atau sebarang dokumen berkaitan ketika polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di terminal itu.

“Ketika pemeriksaan polis menemui sepasang kekasih yang dari Bukit Mertajam yang terletak dalam daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral dalam daerah Seberang Perai Utara. Apabila siasatan dijalankan remaja lelaki berkenaan yang juga berusia 19 tahun datang dari Kedah sebelum bertemu teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk sama-sama pergi temu duga kerja di sebuah syarikat di negeri ini. Remaja lelaki berkenaan mempunyai dokumen rentas negeri termasuk surat panggilan temu duga kerja namun teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen kebenaran rentas daerah maka polis mengeluarkan kompaun terhadap kesalahannya,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang melaksanakan PKP kelmarin dan pergerakan merentas daerah dan negeri adalah dilarang. Mengulas mengenai operasi yang diadakan, Noorzainy berpuas hati apabila pemeriksaan mendapati semua penumpang mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa.

“Kebanyakan penumpang yang melakukan perjalanan rentas negeri adalah terdiri daripada pasangan jarak jauh (PJJ) manakala selebihnya adalah pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja,” katanya.

Susulan pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan PKP di seluruh negara yang berkuatkuasa tengah malam tadi, Noorzainy berkata polis daerah itu mengadakan 12 sekatan jalan raya (SJR) bagi mengekang aktiviti rentas daerah dan negeri.

“Kita mohon kerjasama orang awam supaya patuh pada arahan kerajaan untuk sama-sama mengekang kes penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi,” katanya.

Screenshot-209.jpg

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...daerah-tanpa-kebenaran-remaja-didenda-rm5000/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,559
Reaction score
2,866
Points
206
pergi temuduga pun nak berteman ke?
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,389
Reaction score
4,126
Points
201
Klo nak minta diskaun leh gi mahkamah..

Mengaku salah, tapi bawa status diri sebagai teman rapat nak memberi semangat. Pada kejadian, Ada pakai mask, ada scan mysejahtera.

Tujuan teman sbgi memberi semangat, nak bantu dpt kan pekerjaan time ekonomi tgh teruk.

Takde ke tempat lain, takde buat perkara tak elok sebab masing2 berpuasa.

Mohon pihak mahkamah turunkan kos kompaun kpd rm500.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,096
Reaction score
1,942
Points
201
Klo nak minta diskaun leh gi mahkamah..

Mengaku salah, tapi bawa status diri sebagai teman rapat nak memberi semangat. Pada kejadian, Ada pakai mask, ada scan mysejahtera.

Tujuan teman sbgi memberi semangat, nak bantu dpt kan pekerjaan time ekonomi tgh teruk.

Takde ke tempat lain, takde buat perkara tak elok sebab masing2 berpuasa.

Mohon pihak mahkamah turunkan kos kompaun kpd rm500.
Majistret tanya satu ja nanti....awk sapa? Teman rapat....ramai lg teman rapat dia xbuat mcm tu pun....so denda anda di naikkan hahaha...klau isteri ka adik ka kakak ka.... boleh lg terima....nie ikatan sah pun x lg.....br couple
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register