Negeri Sembilan bakal miliki lapangan terbang

CG Sponsors




edy639

Active Member
Joined
Dec 27, 2007
Messages
1,268
Reaction score
20
Points
25
Berita Harian-Rabu, 12 November 2008

Sentral: Negeri Sembilan bakal ada lapangan terbang
Oleh Hussain Said
Pembangunan bersepadu seluas 2,800 hektar tak lama lagi

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal memiliki sebuah lapangan terbang apabila projek koridor pembangunan bersepadu membabitkan kawasan seluas 2,800 hektar berdekatan Kampung Gadong Jaya, Labu, dekat sini, dibangunkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pada dasarnya projek pembinaan lapangan terbang itu yang akan dibangunkan syarikat Sime Darby sudah dipersetujui dan kertas mengenainya akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet.

Katanya, pembinaan lapangan terbang itu nanti bukan saja menyokong dan mewujudkan rangkaian dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan kawasan setempat.

"Selain pembinaan lapangan terbang, kawasan itu akan dibangunkan dengan bandar perubatan, pendidikan, sukan dan pelancongan sekali gus mewujudkan satu zon ekonomi berdaya tinggi dan menguntungkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Hak Milik Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panchor 1, 11, dan Sikamat 2A, di Padang Awam Rumah Rakyat Panchor, dekat sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustapa Salim.

Seramai 234 penduduk dari ketiga-tiga taman perumahan berkenaan mendapat hak milik sementara masing-masing selepas menduduki penempatan berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Mohamad berkata, projek koridor pembangunan bersepadu di Kampung Gadong Jaya itu adalah antara sebahagian daripada lembah pembangunan daerah ini yang dirancang kerajaan negeri selepas Bandar Baru Sendayan yang mula dibangunkan secara berperingkat.

"Setakat ini, kos pembangunan projek itu belum dapat dianggarkan kerana ia akan dimajukan pihak swasta sepenuhnya dan kerajaan negeri yakin projek itu akan memberi impak lebih baik kepada masa depan pembangunan negeri ini terutama di daerah Seremban dan Port Dickson.
"Tambahan pula Seremban dan Port Dickson sudah diiktiraf sebahagian daripada kawasan Lembah Klang yang besar dan projek itu nanti sudah pasti memberi limpahan ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, sebuah syarikat dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu sudah menyatakan persetujuan untuk memajukan kawasan seluas 400 hektar di Bandar Seri Sendayan sebagai bandar pelancongan termasuk membina hotel dan Perkampungan Formula Satu (F1).

.
=D> =D> =D> =D> =D> =D>​
 
Sponsored Post

USD

Active+ Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
2,780
Reaction score
30
Points
30
berita harian-rabu, 12 november 2008

sentral: Negeri sembilan bakal ada lapangan terbang
oleh hussain said
pembangunan bersepadu seluas 2,800 hektar tak lama lagi

seremban: Negeri sembilan bakal memiliki sebuah lapangan terbang apabila projek koridor pembangunan bersepadu membabitkan kawasan seluas 2,800 hektar berdekatan kampung gadong jaya, labu, dekat sini, dibangunkan dalam tempoh terdekat.

Menteri besar, datuk seri mohamad hasan, berkata pada dasarnya projek pembinaan lapangan terbang itu yang akan dibangunkan syarikat sime darby sudah dipersetujui dan kertas mengenainya akan dikemukakan pada mesyuarat kabinet.

Katanya, pembinaan lapangan terbang itu nanti bukan saja menyokong dan mewujudkan rangkaian dengan lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) tetapi mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan kawasan setempat.

"selain pembinaan lapangan terbang, kawasan itu akan dibangunkan dengan bandar perubatan, pendidikan, sukan dan pelancongan sekali gus mewujudkan satu zon ekonomi berdaya tinggi dan menguntungkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik projek perumahan awam kos rendah (pakr) panchor 1, 11, dan sikamat 2a, di padang awam rumah rakyat panchor, dekat sini.
Hadir sama, pengerusi jawatankuasa perumahan, kerajaan tempatan, kampung baru dan pengangkutan awam negeri, siow chen pin; dan ahli dewan undangan negeri (adun) lenggeng, mustapa salim.

Seramai 234 penduduk dari ketiga-tiga taman perumahan berkenaan mendapat hak milik sementara masing-masing selepas menduduki penempatan berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Mohamad berkata, projek koridor pembangunan bersepadu di kampung gadong jaya itu adalah antara sebahagian daripada lembah pembangunan daerah ini yang dirancang kerajaan negeri selepas bandar baru sendayan yang mula dibangunkan secara berperingkat.

"setakat ini, kos pembangunan projek itu belum dapat dianggarkan kerana ia akan dimajukan pihak swasta sepenuhnya dan kerajaan negeri yakin projek itu akan memberi impak lebih baik kepada masa depan pembangunan negeri ini terutama di daerah seremban dan port dickson.
"tambahan pula seremban dan port dickson sudah diiktiraf sebahagian daripada kawasan lembah klang yang besar dan projek itu nanti sudah pasti memberi limpahan ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, mohamad berkata, sebuah syarikat dari dubai, emiriyah arab bersatu sudah menyatakan persetujuan untuk memajukan kawasan seluas 400 hektar di bandar seri sendayan sebagai bandar pelancongan termasuk membina hotel dan perkampungan formula satu (f1).

.
=d> =d> =d> =d> =d> =d>​

perlukah?? Membazir je...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,220
Reaction score
2,386
Points
201
Yg tak membazir kita kasi derma kat tabung PKR. dan juga buat dana untuk ladang bab...:eek:
 

masreemie

Super Active Member
Joined
May 16, 2007
Messages
6,761
Reaction score
0
Points
60
perlukah?? Membazir je...
betul tuh... kan dkt jer ns ngan klia... gi jer la klia... lagik2 masz yg dok kt nilai ni... 15 min jer nk gi klia... huhu...
 

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
KLIA - Labu = 5 minit jek kot kalo torbang.. nak chk out luggage lg lamo rasonye neh.. :))
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
KLIA - Labu = 5 minit jek kot kalo torbang.. nak chk out luggage lg lamo rasonye neh.. :))
tau xpe..bkn jauh pn KLIA tuh..
ade lebih baik tingkatkn pengangkutan..
 

edy639

Active Member
Joined
Dec 27, 2007
Messages
1,268
Reaction score
20
Points
25
Sekali baca tadi mcm mimpi jd kenyataan lak..:D :D
ape komen org2 n9? setau aku kat CG ni mmg ramai org n9.


ye la, mesti la bangga... tpt kelahiranku
 

edy639

Active Member
Joined
Dec 27, 2007
Messages
1,268
Reaction score
20
Points
25
biasa la benda2 camni.. semua ada pro & con..
But i think its good:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register