Negara Kapitalis Selamanya Akan Terus Mengeluarkan Bau Busuk

CG Sponsors




demuara

Fun Poster
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Kadar remaja hamil Amerika meningkat

WASHINGTON: Kadar kehamilan di kalangan remaja Amerika Syarikat meningkat pada 2006, kali pertama dalam tempoh 16 tahun, lapor satu kajian dikemukakan semalam.

Di kalangan remaja berusia di antara 15 dan 19 tahun, berlaku pertambahan sebanyak tiga peratus pada 2006 berbanding 2005, manakala kadar kelahiran pula meningkat empat peratus.

Kadar remaja yang menggugurkan kandungan pula meningkat satu peratus. Kajian itu disediakan Institut Guttmacher.

Laporan sama menyatakan, tiga suku daripada sejuta wanita berusia di bawah 20 tahun, atau tujuh peratus daripada kumpulan usia 15 hingga 19 tahun, hamil pada 2006.

Itu bermakna, berlaku 71.5 kehamilan bagi setiap 1,000 remaja berusia 15 hingga 19 tahun berbanding 60.5 kehamilan bagi setiap 1,000 remaja sama usia tahun sebelumnya.

Kadar kehamilan remaja AS berada di tahap terendah dalam tempoh lebih 30 tahun pada 2005. Pegawai kanan Institut Guttmacher, Heather Boonstra, berkata perkembangan itu membimbangkan.

Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan dasar mencegah kehamilan sebelum kahwin digalakkan pentadbiran George W Bush.

“Ini bukti kukuh menunjukkan program itu tidak membantu remaja melewatkan hubungan seks atau meningkatkan penggunaan alat pencegahan kehamilan ketika usia mereka memasuki fasa aktif secara seksual,” katanya.- AFP

Sumber: myMetro 28/01/10
 
Sponsored Post

Wea Izre

Legendary Member
Joined
Apr 13, 2007
Messages
14,003
Reaction score
33
Points
120
Malaysia pon dah menuju ke arah tu,Malaysia Boleh
 

demuara

Fun Poster
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Suatu fenomena yang tidak memeranjatkan sebenarnya. Malahan kadarnya mungkin lebih tinggi dari bilangan statistik yang dicatatkan.

Ideologi Kapitalisme yang bersumberkan akidah sekularisme sudah meletakkan asas bahawa persoalan urusan dunia adalah bebas untuk ditentukan oleh manusia tanpa campur tangan Pencipta.

Kebahagiaan yang diimpikan adalah apabila seseorang itu dapat memuaskan keinginan nafsunya semaksimum yang mungkin.

Untuk mencapai kebahagiaan yang diinginkan, dalam ideologi Kapitalisme, seseorang itu perlu diberikan kebebasan yang sepenuhnya tanpa batas.

Justeru itu, dengan idea kebebasan inilah maka kita melihat kehidupan masyarakat kapitalis saat ini sudah mencapai titik yang setaraf kehidupan binatang.

Firman Allah SWT:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. [TMQ Al-A’raaf (7):179].

Malang sekali, umat Islam hari ini telah dipaksa untuk menerima kehidupan yang berasaskan ideologi Kapitalisme.

Tidak kurang peranan yang dimainkan oleh para pemimpin sekular di kalangan mereka dalam paksaan ini.

Oleh itu tidak hairanlah ketika ini dunia umat Islam amnya dan di Malaysia khususnya, juga berhadapan dengan krisis yang sama.

Sudah saatnya Khilafah berdiri agar dapat dizahirkan syariat Islam yang dengannya rahmat Islam akan tersebar ke seluruh dunia termasuklah ke Amerika.

Firman Allah SWT “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [TMQ Al-Anbiyaa’ (21):107].
 
Sponsored Post
Top
Log in Register