BTC USD 84,327.6 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nazri Tamat Khidmat Duta Besar AS Esok, Mahu Pulang Bantu PMX

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,254
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,254
Reaction score
7,299
Points
916
Awards
1
07.02.2025 - Nazri Aziz mengesahkan kontrak sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) akan tamat esok, selepas dua tahun berkhidmat di Washington. Bekas menteri pelancongan itu turut menolak jika namanya dicadangkan Putrajaya untuk meneruskan khidmatnya di negara Uncle Sam berkenaan kerana ingin membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelang PRU16.

“Tak boleh saya nak tolong PMX, kalau saya di AS sahaja kena balik 2027 (jika kontrak disambung dua tahun) PRU dah terlepas. Saya tak peduli orang lain dan akan bantu dia, bukan bertanding (sebagai calon pada PRU16),” katanya kepada FMT.

Nazri, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas menyatakan tempoh pelantikannya hanya untuk dua tahun memandangkan beliau adalah lantikan politik bukan diplomat.

“Jadi esok hari terakhir dan saya telah buat persiapan untuk balik Malaysia 14 Feb depan iaitu seminggu sebelum visa saya mati.

Nazri mula memegang jawatan itu sejak 9 Feb 2023 dan dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara menurut Kementerian Luar Negeri. Beliau berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta menteri pelancongan dan kebudayaan (2013 hingga 2018). Cakap-cakap pengganti Nazri mula timbul hari ini dengan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mencadangkan lima individu untuk dipertimbangkan Putrajaya sebagai duta besar baharu Malaysia ke AS, termasuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

Beliau turut menamakan bekas pengerusi CIMB Nazir Razak, bekas Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff, dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Faiz Abdullah. Ong turut mendakwa Nazri gagal mengatur panggilan telefon antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump, dan menegaskan panggilan sebegini sebagai isyarat penting dalam komuniti diplomatik. Mengulas kenyatan itu, Nazri membidas Ong sebagai dangkal jika menjadikan ukuran percakapan telefon bersama Trump sebagai satu kejayaan negara. Menurutnya, sekiranya Anwar tidak dapat bercakap dengan Trump bukan bermakna Malaysia mempunyai kekurangan memandangkan negara ini mengambil pendirian menyokong Palestin.

“Kita kena baca bahawa hubungan Malaysia dengan AS satu peringkat bawah berbanding negara yang Ong sebutkan (Filipina, Thailand, dan Singapura), kita kena faham pendirian kita keras kutuk Israel.

“Jadi, kita lihat pentadbiran Trump macam mana iaitu nak ambil Gaza. Maksudnya, beliau tak suka kita punya pendirian. Kalau tak suka pendirian kita, (Trump) tak nak bercakap dengan Anwar biarlah. Mengapa kita rasa kita kurang,” katanya.

Nazri turut menyebut kejayaan dicapainya selama dua tahun menjadi diplomat di AS antaranya peningkatan pelaburan negara, kejayaan Malaysia naik ke tahap 2 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2024, dan membawa pulang dua rakyat Malaysia dipenjara di Guatanamo.

“Kalau nak dianggap mengenai kejayaan, ini adalah kejayaan. Jadi pandangan Ong tak boleh dipakai kerana dia cakap benda tidak munasabah,” katanya.
1738923563385.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register